[ Video ] Resepi Berbuka Puasa Dan Sahur Di Bulan Ramadhan : Kuih Manja

[ Video ] Resepi Berbuka Puasa Dan Sahur Di Bulan Ramadhan : Kuih Manja | Pertama kali admin tengok kuih ini, comel saja. Kuih Manja. Nama yang unik dan juga bentuk kuih yang unik. Sebenarnya admin tidak pernah makan pun kuih ini lagi. Lagi pun Kuih Manja ini merupakan kuih tradisional dari Pantai Timur kan. Kalau tidak silap.

Kuih Manja

Agak-agak bagaimana rasa kuih ini kan?
Di sini admin ada kongsikan resepi dan juga video bagaimana dan cara untuk membuat Kuih Manja. [ [ Video ] Resepi Berbuka Puasa Dan Sahur Di Bulan Ramadhan : Ayam Sprint Test ]
Resepi Kuih Manja
Resepi Kuih Manja

BAHAN-BAHAN UNTUK KULIT
2 cawan tepung naik sendiri
1 bj telur
1/4 cawan gula
1/2 cawan susu segar/ susu cair
1/2 cawan air
1sudu besar marjerin cair

Cara: pukul telur dan gula hingga kembang.
kemudian satukan dgn semua bahan lain dan kacau hingga sebati.

BAHAN UNTUK INTI:
1/2 cawan tpg gandum
1 sudu besar kastard
1/2 cawan gula
1 1/2 cawan air
1 sudu teh pewarna

Cara cara: satukan semua bahan dan masak sehingga likat dan berkilat.

Kemudian, buat bulatan kira kira 4 inci lebar di atas dapur leper, apabila kering, lekatkan secebis inti di bahagian tengah dan angkat apabila cukup masak.

Sedia untuk dihidangkan.

SUMBER : http://kuchakokse.blogspot.com

4026 Total Views 1 Views Today

Related Post

1 Comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*