photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

USTAZ DON DANIYAL MENUNAIKAN UMRAH

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This


USTAZ DON DANIYAL MENUNAIKAN UMRAH 

SUMBER

Ustaz Don telah berlepas untuk menunaikan umrah bersama jemaah lain. Semoga Ustaz Don dan jemaah lain selamat pergi dan balik.

Kira-kira pukul 11.50 pagi tadi, pendakwah muda terkenal, Ustaz Don Daniyal Don Biyajid atau lebih dikenali sebagai Ustaz Don berlepas dengan sekumpulan jemaah ke Tanah Suci Mekah untuk menunaikan umrah.

Suasana di Lapangan Terbang Antarabangsa Kuala Lumpur (KLIA) menjadi syahdu sebaik sahaja Ustaz Don membaca doa sejurus sebelum berlepas.

Difahamkan, inilah kali pertama Ustaz Don menjejakkan kaki ke sana hingga membuatkan beliau begitu sebak dan terharu kerana menjadi tetamu Allah.

Turut menemani beliau ke sana ialah ibu dan bapanya sendiri.

Bersama ke sana ialah seorang penerbit TV Al Hijrah, Ayie Azhari.

Azhari dan Ustaz Don juga akan membuat kerja-kerja pra-produksi untuk program ‘Umrah Bersama Ustaz Don’ yang kini dalam proses perbincangan untuk diterbitkan di stesen televisyen berkenaan.

Sebelum ini program interaktif agama, 30 Minit Ustaz Don di saluran TV Al Hijrah semakin mendapat sambutan hangat di hati para penonton.

Program 30 Minit Ustaz Don yang ke udara di kaca televisyen setiap Isnin hingga Rabu pada pukul 10.30 malam sejak Oktober lalu adalah kesinambungan program yang mula-mula diterajui oleh beliau iaitu Program Ihya Ramadan.

Program ini disasarkan kepada golongan remaja dan anak-anak muda untuk mereka menimba pelbagai ilmu agama melalui rancangan bual bicara dan interaktif.

Ustaz Don berkelulusan dari Universiti Al-Azhar dan kini berkhidmat sebagai pensyarah Fakulti AL-Quran & Al-Qirat di Kolej Universiti Islam Antarabangsa Selangor .

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

2 Comments

  1. Ana says:

    Semoga Ustaz Don terus cemerlang

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *