UKUR LILIT PINGGANG PENENTU OBESITI

Pin It

UKUR LILIT PINGGANG PENENTU OBESITI

If you say “No” to sharks’ fin soup, say “Yes” to this

RAMAI antara kita yang mengukur tahap kegemukan badan berdasarkan angka berat yang dipaparkan pada alat penimbang. Namun, anda juga harus beri perhatian terhadap ukuran lilit pinggang yang menggambarkan tahap obesiti terutamanya wanita. Wanita yang mempunyai ukur lilit pinggang lebih 80 sentimeter (sm) sebenarnya tergolong dalam kelompok obesiti. Perkara itu merupakan standard terbaharu yang dikeluarkan di Jepun berbanding 90sm sebelum ini.

Persatuan Kajian Obesiti Jepun (JASSO) menjelaskan bahawa seorang wanita yang memiliki indeks jisim tubuh (BMI) di bawah 25 tetapi ukuran pinggangnya melebihi 80sm dianggap mempunyai berat badan berlebihan. Dalam kiraan BMI, wanita yang mempunyai kiraan di bawah 18.5 hingga 25 dikira memiliki berat badan ideal. Manakala BMI di atas 25 dikategorikan sebagai gemuk.

Test drive your way to the win Malaysian F1 GP Exclusive passes & tickets! Feel the Proton Exora Bold today!

BMI 25 atau lebih adalah tidak sihat, apatah lagi sekiranya seseorang itu memiliki faktor risiko penyakit jantung, kadar kolesterol tinggi, tekanan darah tinggi dan memiliki ukur lilit perut melebihi 85 sm bagi lelaki dan 90sm untuk wanita.

 

Dalam pada itu, sebuah kajian yang disiarkan dalam Journal of the American College of Cardiology mendapati bahawa pesakit jantung yang memiliki ukur lilit pinggang melebihi 89sm bagi wanita dan 102sm bagi lelaki mempunyai risiko 70 peratus meninggal dunia lebih cepat.

“Anda tidak sepatutnya hanya mengukur BMI, sebaliknya turut menilai bentuk tubuh kerana kandungan lemak yang ditunjukkan pada perut juga penting untuk diberi perhatian,” kata ketua pengkaji di Institut Paru-Paru dan Jantung Quebec di Universiti Laval, Quebec City, Kanada, Jean-Pierre.

Persatuan Dietetik Amerika menjelaskan, timbunan pada bahagian perut iaitu lemak visera meningkatkan risiko mendapat pelbagai penyakit berkaitan kardiovaskular.

Mereka yang melepasi ukuran itu perlulah mengambil kira soal pola pemakanan iaitu tidak berlebihan dan menu yang sihat, mengurangkan tahap tekanan, melakukan rutin senaman dan rehat yang mencukupi.

Everything a paper CNY card can’t do!

120 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “UKUR LILIT PINGGANG PENENTU OBESITI

  1. err saya baru tahu nie,.huhu

  2. Ok. Nak ukur pinggang jap. Kalau terlebih, mesti buat apa yg patut bg mengembalikan ke ukuran yg ideal.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>