Tips Solekan Semula Jadi

Tips Solekan Semula Jadi | Solekan merupakan perkara asas yang perlu diketahui oleh setiap wanita. Solekan yang sempurna dapat menyerlahkan lagi penampilan dan kejelitaan seseorang wanita. Berikut ialah beberapa tips solekan yang berguna bagi wanita untuk tampil semula jadi dan tidak berlebih di dalam mekap terutamanya buat mereka yang berkulit hitam manis.

Pilih warna semula jadi atau warna hampir sama dengan kulit anda
Bagi wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda dinasihatkan agar memilih foundation atau bedak asas yang warnanya seakan-akan tona kulit. Elakkan daripada menggunakan foundation dan bedak yang tebal.

Eyeliner
Eyeliner merupakan alat solek yang penting bagi menonjolkan ilusi pada bahagian mata agar mata kelihatan lebih galak dan cantik. Namun begitu, bagi wanita berkulit hitam manis, anda dinasihatkkan agar tidak melukis garisan di kelopak mata dengan garisan yang terlalu tebal, memadai hanya garisan yang nipis.

Pembayang mata
Bagi wanita yang memiliki kulit hitam manis, anda disarankan agar memilih rona coklat keemasan untuk solekan mata bagi menambahkan kilauan serta menonjolkan lagi kemanisan wajah anda. Elak menggunakan warna cerah seperti warna putih atau perak, kerana ia bakal menenggelamkan kecantikan.

Pemerah pipi 
Pemerah pipi merupakan alat solek yang paling penting bagi menonjolkan kecantikan wajah. Oleh itu, pemilihan pemerah pipi yang sesuai bakal menaikkan lagi pesona dan kemanisan seseorang wanita. Bagi wanita yang berkulit hitam manis, anda disarankan agar memilih pemerah pipi daripada rona pink rose, peach, bronze dan juga plum.

SUMBER

3006 Total Views 3 Views Today

Related Post

10 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*