Tips Pilih Baju Kemeja Lelaki

Tips Pilih Baju Kemeja Lelaki | Jika kaum Hawa berasa tidak lengkap tanpa dress atau skirt dalam almari, kaum Adam juga sebenarnya sama juga begitu, tetapi bukan dengan dress tapi pakaian formal terutamanya kemeja dengan potongan tepat.

Oleh itu, di sini kami ingin berkongsi dengan anda beberapa tips bagaimana untuk memilih kemeja yang terbaik supaya anda tampak menarik dan segak bergaya;

Saiz
Ini adalah perkara penting yang mesti anda tahu dan pastikan sebelum membeli sehelai kemeja adalah saiznya. Adakah saiz yang anda pilih sepadan dengan saiz tubuh anda? Adakah ia terlalu kecil atau terlalu besar? Kini terdapat pelbagai jenis potongan kemeja. ‘Slim fit’ antara yang semakin popular berbanding potongan klasik. Untuk anda berbadan besar, pilihlah saiz yang sepadan. Saiz terlalu besar membuatkan anda kelihatan lebih besar. Bagi mereka yang agak berotot, ‘slim fit’ membuatkan anda tampil segak bergaya.

Fabrik 
Pemilihan fabrik adalah elemen penting dalam menentukan keselesaan anda sebagai si pemakai. Pilihan kain kapas adalah yang paling sesuai untuk kemeja. Fabrik yang lembut, kuat dan anti-kedut juga adalah alasan kapas sering menjadi pilihan tukang jahit untuk membuat kemeja. ‘Italian Cotton’ adalah pilihan kebanyakan pereka fesyen antarabangsa. Namun bergantung juga kepada majlis yang anda ingin kunjungi. Pemilihan satin yang lebih lembut mungkin lebih sesuai untuk majlis makan malam. Jika anda tidak berani bermain dengan jenis fabrik, kemeja berfabrik kapas sudah cukup untuk anda kelihatan hebat.

Warna
Pilihan kemeja warna biasa seperti biru dan putih nampak membosankan. Anda boleh memilih untuk memakai kemeja berwarna seperti kuning, jingga, merah atau sebagainya. Namun perlu diingat, pilihan warna lembut atau pastel adalah yang terbaik. Warna sebegini lebih formal berbanding warna terang yang lebih sesuai untuk pemakaian kasual. Satu perkara penting juga yang mesti anda tahu adalah pemilihan warna harus bersesuaian dengan warna kulit dan rambut anda.

Kolar
Kolar merupakan bahagian perincian kemeja yang sangat penting kerana ia menentukan keserlahan wajah ketika memakainya. Sebagai contoh, lelaki berwajah kecil perlu mengelak memakai kolar lebar kerana kolar saiz tersebut akan menenggelamkan wajah. Lelaki bermuka besar pula perlu mengelak memakai kolar ‘narrow’ yang boleh menampakkan wajah menjadi lebih besar. Biasanya saiz kolar kemeja antara 14,14 ½, 15 dan 16 inci. Saiz kolar yang sesuai bergantung pada dimensi di bawah halkum.

Corak
Ramai lelaki tidak berani bermain dengan kemeja yang mempunyai corak. Kemeja bercorak membenarkan kita mencipta stail tersendiri dan disuaipadankan dengan aksesori tertentu. Kemeja bercorak dengan latar belakang putih biasanya lebih formal berbanding yang berwarna. Kemeja dengan corak garisan juga lebih sesuai untuk sesuatu upacara. Manakala corak kekotak kecil dan renggang akan memberikan kesan lebih bergaya berbanding dengan corak kekotak yang lain seperti ‘Windowpanel’ dan ‘Pastel’.

5143 Total Views 2 Views Today

Related Post

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*