(TIPS) PENGGUNAAN AYAT DAN FONT DALAM BLOG

aq sukew koa cgt2.muaahhxxx.
awi tue cye g jln2.jumpew gn diew.
aKu sUkeW berSopiNg deKat sOpinG kOmPLeX.

**********************

contoh-contoh sedikit penggunaan ayat yang fyna jumpa kalau baca entri. bukan fyna tak suka tapi kurang selesa.ejaan yang menggunakan short-cut boleh sahaja digunakan tapi fyna harap sangat yang orang lain boleh faham. sebab kadang-kadang pun fyna guna juga. tipu la kalau fyna tak gunakan. cuma jangan la short-cut sangat. kesian siapa yang nak baca entri tue. menyukarkan orang lain nak faham. tak sampai apa yang nak disampaikan. tue belum lagi yang guna huruf kejap kecil. kejap besar. memang ok je guna tapi pening gak lah nak baca entri tue kan. 

contoh ayat yang fyna boleh bagi contoh seperti berikut :
1. saya suka makan
2. saya akan belajar bersungguh-sungguh
3. seronok juga pergi membeli-belah hari ini

selain tue, penggunaan font pun memainkan peranan. pastikan guna font yang sesuai. jangan guna font yang susah orang nak faham. kalau boleh guna yang mudah dan senang difahami. yang mesra gitu.

contoh huruf yang mudah difahami ialah Arial, Times New Roman, Tahoma dan seangkatan dengannya.

 NOTA KAKI : terpulang pada blogger-blogger nak guna ayat dan font masing-masingkan. fyna takde hak nak tegur. cuma fyna nak berkongsi sedikit tips yang boleh dikongsi bersama-sama. lagipun untuk ingat diri sendiri juga. minta maaf kalau ada yang tak suka dengan entri fyna nih. sekian,terima kasih. peace no war.

1230 Total Views 2 Views Today

Related Post

10 Comments

  1. yeahh, sangat setuju dengan entry ni.
    sangat tak suka bila jumpa blogger yang guna bahasa kEnapeW xNk baceWW enTry kitEwww??

    argh.. teros close tab kot. seriously.

  2. setuju sangat tentang entry ni,heh..komen sini pulak td kat fb..hehe
    lagi satu tak semua faham apa ayat ringkas yg kita type,ingat kita menulis untuk orang baca dan bukan utk syok sendiri…=.=!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*