If you liked this post, say thanks by sharing it
TIPS PEMAKANAN DI BULAN PUASA | TIPS PEMAKANAN | TIPS PEMAKANAN BULAN RAMADHAN
SUMBER :Â http://www.trymasak.my
Antara banyak-banyak tips yang fyna hendak kongsi bersama terutama di bulan puasa ini. Walaupun tips ini hanya biasa saja tetapi amat berguna.
1. Bersahur
Makan sahur sangat penting untuk membekalkan tenaga bagi melakukan pelbagai aktiviti seharian. Apabila tidak bersahur kita akan mudah menjadi “Hipoglikemia” iaitu kadar gula dalam darah menurun. Ini akan menyebabkan tubuh menjadi lesu, loya, mudah marah  dan mengantuk sepanjang hari.
2. Elak makanan tinggi kandungan gula
Makanan atau minuman yang mengandungi kandungan gula yang tinggi akan memproses insulin untuk segera meneutralkan kadar gula dalam darah. Ini menyebabkan kita mudah berasa lesu dan lapar. Elakkan mengambil makanan yang terlalu manis  seperti makanan ringan, aiskrim atau minuman bergas khususnya ketika bersahur.
3. Makan makanan berkanji
 Banyakkan mengambil makanan berkanji seperti roti yang kaya dengan serat. Makanan berkanji akan membantu mengekalkan tenaga dan aktif pada waktu siang.
4. Kurangkan nasi ketika bersahur
Ketika bersahur, elakkan daripada makan terlalu banyak nasi. Karbohidrat diperlukan untuk membekalkan tenaga kepada tubuh badan tetapi haruslah dalam kuantiti yang berpada-pada.
5. Elak makanan pedas
5. Elak makanan pedas
Cuba elakkan mengambil makanan ringan, terlalu masin atau terlalu pedas. Ia hanya akan membuatkan kita mudah berasa lapar pada siang hari. Malah, berkemungkinan menjejaskan kesihatan contohnya akan mengalami sakit perut kerana makan makanan terlalu pedas.
6. Tidak tidur selepas bersahur
 Sebaiknya, cuba elakkan tidur selepas bersahur. Selepas bersahur perut tentu berasa kenyang dan apabila terus tidur tentu akan lebih lena. Setelah bangun pastinya perut akan berasa lapar kembali.
7. Makan kurma
 Sebaiknya sewaktu berbuka, mulakan segera dengan makan makanan yang manis seperti buah kurma dan air. Makanan yang manis lebih baik untuk usus yang kosong dan lebih cepat diubah menjadi tenaga.








tips yg sgt bagus. thanks ! ^^
nice tips, thank for sharing
very useful for me
Salam ramadhan buat tuan blog:) Btw, sori nak betulkan term kat atas, Hipoglisemia, bukan hipoglikemia ye:) Btw tips yang sangat bagus!:)
nice sharing fyna