Tips Mudah Mohon Kerja Melalui Email Supaya Resume Diterima Majikan

Sumber Gambar : http://www.enkivillage.com

Tips Mudah Mohon Kerja Melalui Email Supaya Resume Diterima Majikan | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Zaman teknologi sekarang sangat mudah kerana pemohon boleh menghantar resume untuk memohon kerja melalui email kepada pihak majikan.

tips-mudah-mohon-kerja-melalui-email-supaya-resume-diterima-majikan
Sumber Gambar : https://www.thebalance.com

Pernahkan resume anda tidak diterima oleh majikan? Mengapa resume anda ditolak? Bagaimanakah pula untuk memohon kerja melalui email? Jangan risau dan panik.

Anda mungkin boleh menyemak senarai-senarai di bawah untuk dijadikan panduan ketika memohon kerja melalui email supaya resume yang anda hantar diterima oleh pihak majikan. Tips ini sangat berguna untuk graduan yang masih fresh untuk mencari peluang pekerjaan dan yang masih belum mempunyai pengalaman.

Tips Mudah Mohon Kerja Melalui Email Supaya Resume Diterima Majikan

Sumber Gambar : http://www.enkivillage.com
Sumber Gambar : http://www.enkivillage.com
  1. Nama email yang matang dan sopan – Perkara pertama yang perlu ada titikberatkan ialah nama email anda. Sekiranya anda pernah menggunakan nama email seperti akuhantulah@gmail.com, anakitiktokwi@gmail.com dan seangkatan dengannya, lupakanlah. Lebih baik anda daftar menggunakan nama email anda yang lebih sopan kerana secara tidak langsung, mencerminkan keperibadian anda.
    Contoh : lizawati@gmail.com
  2. Tajuk email ditulis secara ringkas dan padat – “Permohonan Jawatan Kosong“, “Permohonan Jawatan Kosong Supervisor” atau “Permohonan Untuk Latihan Industri“. Tajuk email yang mudah untuk difahami oleh pihak majikan.
  3. Penggunaan bahasa yang sopan – Pastikan anda menggunakan bahasa yang sopan. Gunakan bahasa yang mudah difahami untuk dibaca.
  4. Tujuan email diberikan – Nyatakan tujuan email di ruangan yang disediakan.  Dan yang penting menggunakan bahasa yang rasmi. Bukan ringkas seperti “Sy berhrp pihak tuan/puan dpt mempertimbangkn permohonn sy. TQ.
  5. Lampiran fail yang boleh dibaca – Sekiranya anda ada melampirkan fail-fail berkaitan seperti transkrip,sijil-sijil atau dokumen-dokumen berkaitan, pastikan pihak majikan anda boleh memuat turun dan membaca fail-fail tersebut. Namakan fail-fail tersebut dengan nama yang bersesuaian seperti “Resume” dan “Transkrip“.
  6. Borang dari pihak majikan – Sekiranya pihak majikan ada memberikan borang yang perlu diisi oleh pihak anda, sila isi borang tersebut.
  7. Jangan malas – Jika ingin menghantar kepada lebih dari satu syarikat, letakkan alamat email anda sendiri pada ruang TO, dan alamat email penerima penerima yang ramai itu pada ruang Bcc BUKAN cc. Majikan yang menerima permohonan anda, apabila melihat nama majikan lain diruang cc akan membuat pelbagai persepsi.

Selamat mencuba. Jangan mudah putus asa.

SUMBER : http://says.com

6112 Total Views 4 Views Today

Related Post

5 Comments

  1. no. 1 tu mungkin paling ramai yang buat silap.

    dah terbiasa guna emel sama untuk semua urusan dan jarang-jarang orang kita nak guna nama sebenar bila daftar emel 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*