Tips Mudah Menyediakan Juadah Untuk Sahur

Tips Mudah Menyediakan Juadah Untuk Sahur | Bagaimanakah untuk menyediakan juadah untuk sahur dengan cara yang mudah? Sebenarnya terdapat beberapa tips yang boleh dilakukan dan diikuti. Terutama untuk ibu-ibu yang akan ke dapur untuk menyediakan sahur untuk ahli keluarga tersayang. Lagi pun masa untuk menyediakan juadah tersebut agak terhad. Oleh itu, admin ingin kongsikan beberapa tips mudah menyediakan juadah untuk sahur.

Tips Menyediakan Juadah Untuk Sahur

Tips Mudah Menyediakan Juadah Untuk Sahur

  1. Merancang menu untuk sahur – Anda boleh merancang untuk sahur terlebih awal. Sekiranya anda tiada idea, anda boleh bertanyakan kepada suami atau anak-anak anda untuk bersahur nanti. Atau anda boleh mencari di internet. Seperti:
    Menu Ringkas Sahur Tetapi Menyelerakan
    Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur
  2. Sediakan bahan perencah – Bahan perencah seperti cili kering, bawang merah, bawang putih atau bahan seangkatan dengannya, anda boleh kisar terlebih awal. Secara tidak langsung, dapat menjimatkan masa anda di dapur.
  3. Kupas bahan yang diperlukan – Seperti bawang merah, bawang putih, halia, kunyit boleh dikupas terlebih dahulu.
  4. Potong bahan mentah – Ayam, daging atau sayur-sayuran anda boleh turut sediakan terlebih awal. Potong siap-siap bahan-bahan tersebut.
  5. Sediakan bahan-bahan ketika kecemasan – Mungkin anda akan terlewat bangun untuk menyediakan juadah untuk sahur. Paling mudah dan cepat, goreng telur. Sekiranya tidak ada, anda boleh sediakan roti atau biskut-biskut, air susu, oat dan sebagainya.

Mungkin anda mempunyai tips-tips yang berbeza, sekiranya anda ini berkongsikan bersama-sama, boleh tinggalkan di ruangan komen. Boleh kita manfaatkan bersama-sama.

SUMBER : http://ummikusayang-learning-centre.blogspot.my

1278 Total Views 2 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*