Tips Menghadapi Kesesakan Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Halaman Di Musim Perayaan

Tips Menghadapi Kesesakan Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Halaman Di Musim Perayaan | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Kesesakan jalan raya ketika musim perayaan memang tidak boleh dipisahkan. Apakah tips-tips yang selalu anda lakukan ketika menghadapi keadaan tersebut?

Tips Menghadapi Kesesakan Jalan Raya

Selalunya pemandu-pemandu memang tidak dapat mengelak untuk tidak berhadapan dengan kesesakan jalan raya apabila balik ke kampung halaman terutama di musim perayaan seperti Hari Raya Aidilfitri. Tempoh perjalanan akan bertambah berkali ganda ketika itu.

Tips Menghadapi Kesesakan Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Halaman Di Musim Perayaan

Sebelum itu, sekiranya anda merancang untuk mengikut jadual cadangan waktu perjalanan yang dicadangkan oleh pihak PLUS, admin ada kongsikan artikel tersebut. Anda boleh klik pada pautan Jadual Cadangan Waktu Perjalanan PLUS Hari Raya Aidilfitri 2016

Kuala Lumpur, 8 Ogos 2013 - Kelihatan lebuh raya menghala ke Selatan sesak dihari pertama hari Raya Aidilfitri di sini hari ini Gambar oleh Noor Asrekuzirey Salim
Kuala Lumpur, 8 Ogos 2013 – Kelihatan lebuh raya menghala ke Selatan sesak dihari pertama hari Raya Aidilfitri di sini hari ini
Gambar oleh Noor Asrekuzirey Salim

Tips Menghadapi Kesesakan Jalan Raya Ketika Pulang Ke Kampung Halaman Di Musim Perayaan

  1. Kenderaan dalam keadaan baik – Pastikan anda telah memeriksa dan servis kenderaan anda sebelum memulakan perjalanan. Untuk artikel penuh, boleh klik pada pautan Tips Dan Panduan Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh
  2. Bekalan makanan dan minuman yang mencukupi – Untuk anda yang mempunyai anak-anak kecil, anda digalakkan untuk menyediakan bekalan makanan dan minuman yang mencukupi. Hal ini untuk mengelakkan anak-anak anda meragam sepanjang perjalanan. Secara tidak langsung, dalam masa yang sama untuk bekalan anda juga. Anda boleh beli makanan ringan atau roti untuk mengisi perut ketika kesesakan tersebut. Kita tidak tahu berapa lama untuk anda berhenti rehat dan kemungkinan kawasan rehat turut sesak dengan orang ramai.
  3. Hiburan – Anda boleh menyediakan lagu kegemaran atau cerita kegemaran anda dan juga keluarga anda. Sekurang-kurangnya dapat menghiburkan dan mengisi masa ketika kesesakan tersebut.
  4. Mengawal emosi – Ketika kesesakan jalan raya ini, anda perlu bijak mengawal emosi. Bertolak ansur, hormat-menghormati dan tidak mementingkan diri sendiri. Yang penting sekali, anda tidak menggunakan laluan kecemasan sewenang-wenangnya. Jangan memotong barisan kenderaan lain.
2885 Total Views 4 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*