Tips Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak

Tips Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Baru-baru ini tergempar apabila seorang wanita mengalami kecederaan 60 peratus apabila kereta jenis Perodua Axia miliknya meletup sebaik sahaja mangsa membuka pintu kereta bahagian hadapan untuk menjawab panggilan dari telefon bimbitnya.

Admin ingin kongsikan beberapa tips keselamatan terutamanya di stesyen minyak. Semoga dapat dijadikan panduan bersama-sama.

Tips Keselamatan Stesen Minyak

Tips Keselamatan Ketika Berada Di Stesen Minyak

1. DILARANG MENGGUNAKAN TELEFON SEMASA PENGISIAN
– Hasil penyelidikan mendapati sedikit percikan api akan terhasil daripada penggunaan telefon bimbit. Terdapat beberapa kes yang lampau, apabila kebakaran berlaku sewaktu pengguna sedang menggunakan telefon bimbit berhampiran pam.

2. SILA MATIKAN ENJIN KENDERAAN KETIKA PENGISIAN
– Setiap kenderaan yang menggunakan bateri mempunyai risiko yang tinggi untuk menyebabkan percikan api apabila enjin tidak dimatikan sewaktu pengisian minyak sedang berlaku.

3. DILARANG MEROKOK KETIKA PENGISIAN
– Punca api yang sangat jelas daripada rokok boleh mengakibatkan letupan dan kebakaran besar boleh berlaku di stesen minyak.

4. DILARANG DUDUK DIATAS MOTOR KETIKA PENGISIAN
– Ada dua perkara yang dikhuatiri iaitu, sewaktu pengisian sedang berlaku, motor boleh tumbang disebabkan penunggang hilang imbangan badan yang akan menyebabkan tumpahan minyak. Kedua ialah terdapatnya kemungkinan yang tinggi keberhasilan tindak balas elektrik statik daripada tubuh penunggang yang boleh menyebabkan kebakaran.

5. DILARANG MENGISI MINYAK DI DALAM BEKAS YANG TIDAK DIBENARKAN
– Tong yang tidak dibenarkan seperti bekas minuman air mineral dan sebagainya boleh menghasilkan elektrik statik boleh menyebabkan kebakaran besar.

SUMBER : https://www.facebook.com

1442 Total Views 2 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*