Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

Pin It

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

Tips Hilangkan Rasa Mengantuk | Tips ini sesuai untuk yang tengah bekerja atau belajar. Malahan untuk yang Monday Blues pun boleh cuba juga. Admin ingin juga berkongsi Tips Hilangkan Mondays Blues. Tetapi untuk entri yang akan datang.

1) Hampiri Kawasan Bercahaya.
Langkah pertama yang boleh dilakukan sekiranya anda rasa terlalu mengantuk ialah mencari tempat yang terang, misalnya, cahaya semula jadi di tepi tingkap.

2) Basuh Muka
Cara ini sangat berkesan dan akan serta merta menyegarkan mata anda.

3) Wangian Aromaterapi
Wangian Aromaterapi dikenalpasti dapat mengembalikan semangat kerana bau-bauan segar akan meransang deria bau sekali gus mengurangkan rasa mengantuk.

4) Dengar Muzik 
Muzik juga adalah penyelesaian terbaik bagi rasa mengantuk. Ada beberapa jenis bunyian ataupun muzik di katakan dapat meransangkan dan meningkatkan kewaspadaan serta ketajaman minda.

5) Senaman Ringan
Senaman ringan seperti menggerakkan anggota badan seperti tangan, kaki, ‘mematah-matahkan jari’, menggelengkan kepala boleh anda lakukan untuk menghilangkanrasa mengantuk

6) Pandang Pepohon Hijau
Taman hijau dapat menyegarkan permandangan sekaligus dapat menghilangkan rasa mengantuk.

7) Urut
Urut di bahagian telapak tangan, muka dan kepala dalam beberapa ketika sahaja anda akan berasa segar dan aktif semula.

 8) Minum Banyak Air
Air sangat penting untuk memastikan semua organ berfungsi secara optimum. Kekurangan air walaupun sedikit boleh membuatkan darah menjadi pekat dan memaksa jantung untuk mengepam lebih kuat.

9) Amalkan Teknik Pernafasan Betul
Tarik nafas dalam-dalam (hingga terasa udara masuk ke dalam perut), tahan seketika dan lepaskan perlahan-lahan. Ulang 10 kali. Apabila dalam keadaan tertekan, pernafasan menjadi cepat dan pendek. Akibatnya kurang oksigen dibawa masuk ke dalam badan yang membuatkan kita berasa cepat letih.

10) Berjalan-Jalan
Berhenti rehat seketika dengan bangun berjalan dari tempat duduk untuk mengurangkan tekanan pada sesetengah anggota badan.

11) Membaca Ayat Al-Quran
Membaca sepotong ayat Al-Quran di dalam ayat Qursi boleh dijadikan penawar untuk menghilangkan mengantuk.

SUMBER

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

One thought on “Tips Hilangkan Rasa Mengantuk

  1. Thxs akk :)

    tgh study ni tapi tgh break lah, so tQ now nak buat lah salah satu cara akk kat atas ni…

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>