Tips Dan Panduan Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh

Tips Dan Panduan Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Warga kota dijangka mula meninggalkan ibu negara untuk pulang ke kampung halaman sempena Aidilfitri minggu ini.

Diharapkan anda sudah membuat pemeriksaan kereta sebelum bergerak ke kampung halaman. Berikut merupakan Tips Dan Panduan Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh. Admin turut tertarik dengan perkongsian Tips-tips Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh. Sangat lengkap.

Balik Kampung

Tips Dan Panduan Periksa Kereta Untuk Perjalanan Jauh

Pertamanya, periksa tayar kenderaan dengan mengumpil roda kenderaan menggunakan bicu dan pusingkan tayar berkenaan.

Ini bagi memastikan bunga tayar haus sama rata, tiada berlaku rekahan atau gelembung manakala rodanya pula tidak bergoyang.

Kedua, periksa brek terutama lapisan brek kenderaan dan tukar jika mulai menipis, haus atau tidak rata.

Periksa juga minyak brek dan saluran minyak sepanjang dari tempat penyimpan ke roda.

Kebocoran brek pada bahagian roda sukar dikesan jika membabitkan kebocoran kecil, tetapi boleh dikesan jika terdapat buih selepas menyembur air deras pada bahagian berkenaan.

Selepas itu, periksa pula lampu brek kerana kebanyakan pemilik kenderaan kurang mengambil berat terhadapnya walaupun harganya cuma beberapa ringgit.

Keadaan itu tidak seharus dibiarkan berterusan kerana ia boleh menyebabkan berlaku kemalangan serius.

Selain itu, pemilik perlu melakukan pemeriksaan pada minyak silinder selepas perjalanan bagi memastikan ia tidak berada di bawah paras F (takat minyak penuh).

Jika kurang, ia boleh menyebabkan semua logam yang bergesel dalam bahagian enjin menjadi cepat haus terutama gelang injapnya atau piston ring.

Jika terlalu kotor, komponen dalam enjin berlaku pergeseran yang kuat kerana kerana kekurangan molekul minyaknya.

Bahagian penjajaran kenderaan juga perlu diperiksa dengan membelok kenderaan ketika memandu.

Imbangan tayar juga perlu diperiksa untuk memberi kestabilan memandu dan cara paling mudah mengesannya jika kenderaan lebih berat ke sebelah kiri atau kanan di samping stereng bergetar ketika memandu.

Selepas itu, periksa air bateri kerana ia akan berkurangan selepas perjalanan jauh, terutama bagi kenderaan yang menggunakan pendingin udara.

Pastikan air digunakan itu berjenama dan dihasilkan syarikat yang berdaftar bagi mengelakkan memendekkan usia bateri.

Pemeriksaan air radiator tidak harus ditumpukan kepada tangki penyejuk sebaliknya perlu juga dilihat bahagian dalamnya.

Buka penutup radiator dan mungkin dapat lihat air yang berkarat atau kotoran melekat pada penutupnya dan ia perlulah ditukar.

Caranya, anda hanya perlu membuka penutup ‘drain out’ yang terletak di bahagian bawah radiator dan biarkan air mengalir hingga kering.

Kemudian jolok hos paip dan pancutkan air ke dalam lubang radiator supaya lebihan kotoran keluar.

Selepas itu, tutup semula ‘drain out’ dan isikan radiator dengan air bersih dengan mencampurkan satu tin kecil penyejuk/pencuci radiator.

SUMBER : http://www.hmetro.com.my

3927 Total Views 1 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*