Tips Dan Panduan Menjaga Anak Kucing Baru Lahir Yang Ditinggalkan Ibunya

2013-07-08 18.19.22

Agak panjangkan tajuk kali ini. Al-kasihnya sebab berkait dengan anak-anak kucing admin.

Ibu kepada anak kucing admin hilang. Tidak pasti kenapa dia hilang. Samada sesat atau pun dimakan haiwan lain. Merajuk ke?

 

juliet

 

Disebabkan ibunya hilang, admin dan ayah admin bergilir-gilir untuk menjaga anak-anaknya. Memang sangat rungsing dan resah bila ibunya hilang. Sebab memang sangat sayang ibu kucing tersebut. Anaknya sangat kecil lagi dan memerlukan penjagaan dari ibunya. Usianya tidak sampai 2 minggu.

Admin dan ayah admin hanya dapat membantu apa yang boleh. Semoga anak-anak kucing ini akan cepat membesar dan sihat.

 

2013-06-29 14.58.25

 

Untuk memastikan anak-anak kucing itu sihat, admin kena mencari beberapa tips dan panduan untuk menjaga anak kucing tersebut.

Jadi admin kumpulkan beberapa tips dan panduan dari beberapa blog untuk dijadikan koleksi. Semoga dapat dijadikan panduan pada admin dan rakan-rakan yang lain.

2013-06-01 01.00.18

SUMBER – Zul & Aziz Boarding Pet

Anak kucing yang dipelihara oleh ibunya mempunyai kelangsungan hidup yang lebih baik berbanding anak kucing yang ditinggalkan dan dipelihara oleh manusia. Jika anda mendapati ada anak kucing yang ditinggalkan ibu atau tidak dijaga oleh ibunya, maka bersedialah untuk kerja-kerja keras dan beberapa kekecewaan. Tetapi jika semuanya berjalan lancar, anda akan mengalami pengalaman istimewa menjaga anak kucing yatim piatu dan membesarkannya kepada kucing dewasa yang sihat.

Untuk itu kita akan melihat secara ringkas perkara-perkara yang perlu anda lakukan jika menjaga anak kucing yang ditinggalkan ibu.

Anak kucing yang baru lahir hampir tidak bermaya. Telinganya terlipat ke belakang dan matanya tertutup, oleh itu ia tidak boleh mendengar atau melihat. Ia juga tidak boleh berjalan mahupun merangkak. Haiwan berbulu ini bergantung sepenuhnya pada ibunya yang sentiasa bersama-sama anaknya dan memastikan anaknya selamat di dalam sarang atau tempat berlindung. Si ibu sentiasa menjilat dan membersihkan anaknya, manakala mata si anak pula akan mula terbuka lebih kurang seminggu.

*Anak kucing yang baru lahir sangat kecil, lemah dan tidak boleh melihat dan mendengar dengan jelas.*
Salah satu perkara yang dilakukan oleh anak kucing yang baru lahir adalah menghisap susu ibunya. Setiap anak kucing seperinduk mempunyai puting susu masing-masing di sebelah bawah ibunya yang dihisap untuk mendapatkan susu. Sekiranya si anak lapar, ia akan mengeluarkan bunyi berdecit yang perlahan untuk memberitahu si ibu.

*Apabila anak berusia seminggu, matanya akan terbuka dan kakinya sudah boleh meregang dan meraba-raba*
Selang beberapa hari, si ibu akan memindahkan anaknya ke sarang atau tempat berlindung yang baharu. Si ibu menggonggong seekor demi seekor anaknya dengan menggigit kulit kendur di belakang tengkuk anaknya dan dengan diam-diam membawa anaknya ke sarang baharu. Ini selalunya berlaku apabila si ibu berasa terganggu atau merasakan sarang yang sedia ada sudah tidak selamat.

*Semasa berusia tiga minggu, anak kucing mula melihat sekeliling, mendengar dan boleh merangkak atau menyeret kakinya.*

 

******************************************************************************
******************************************************************************

 

SUMBER – Alam Kucing 

Bagi Makanan Pada Si Comel
Anak kucing yang baru lahir perlu makan setiap 2-3 jam. Mereka mempunyai perut yang kecil dan memerlukan jumlah makanan yang sedikit tetapi berkala. Jangan berikan susu lembu pada anak kucing kerana ini akan menyebabkan sembelit dan kehilangan air pada badan. Anda perlu menggunakan susu yang dirumus khas untuk anak kucing. Susu khas ini boleh diperolehi di klinik vetrinar dengan pelbagai jenama.

Botol susu yang khas juga digunakan untuk menyusu anak kucing (saiznya kecil). Susu perlu diberikan dalam keadaan suam, tetapi bukan panas, ianya sama sepertimana kita berikan kepada bayi manusia.

Bantu Si Comel Untuk Berak dan Kencing
Ya, berak dan kencing, saya tak tahu tajuk apa yang sesuai tetapi dua perkataan itu adalah sangat tepat..hehe. Anak kucing tidak boleh mengawal kencing dan beraknya sehinggalah mereka berumur 4 minggu. Bermula dari kelahiran sehingga minggu ke-4, ibu kucing akan merangsangnya untuk membuang dengan cara menjilat kemaluan anak kucing.

Maka anda juga mesti melakukan perkara yang sama di sini. Tak la, saya bergurau sahaja. Tetapi rangsangan ini boleh ditiru dengan menggunakan kain lembut yang suam dan basah atau menggunakan putik kapas (juga suam dan basah). Balikkan badan anak kucing itu dan secara lembut, sapukan pada kemaluannya sehingga kencing atau najis itu keluar. Ini perlu dilakukan selepas menyusu.

Si Comel Perlu Selamat & Selesa
Anak kucing tidak mempunyai lemak pada badan untuk mengekalkan suhu badannya. Mereka biasanya bergelumang sesama sendiri bersebelahan dengan ibu mereka untuk berkongsi haba. Jika anda mempunyai anak kucing yatim, anda perlu memberikan haba ini dengan menggunakan botol mengandungi air panas atau pad pemanas(setkan suhunya pada kadar rendah sahaja). Kedua-duanya perlu dialas dengan kain tebal (sebaik-baiknya tuala).

Pastikan anak kucing mempunyai ruang untuk merangkak keluar dari pad pemanas atau botol itu jika dia berasa terlalu panas. Anak kucing perlu berada dalam kawasan yang dikekang seperti dalam kotak kecil dialas dengan kain di kawasan yang tidak berhabuk. Disebabkan anak kucing tidak dapat melihat, adalah penting untuk anda mengetahui dimana mereka berada pada setiap masa untuk mengelakkan mereka dari kesusahan.

Anak kucing yatim diberi makanan pejal seperti mana anak kucing biasa. Mereka boleh diperkenalkan dengan sedikit makanan berdaging yang dirumus khas untuk anak kucing pada umur 4 minggu. Pengenalan kepadapenggunaan kotak najis juga digalakkan pada ketika umur ini.

Masalah perilaku memang biasa berlaku bagi anak kucing yatim kerana mereka tidak dilatih oleh kucing dewasa yang lain. Mereka cenderung untuk menggigit dengan lebih kuat, tidak bertolak ansur dengan kekangan dan bermain secara kasar. Mereka tidak akan terlepas dengan sikap begini jika mereka dipelihara oleh ibunya, atau kucing dewasa lain, atau adik-beradik mereka yang lain.

Kucing lain akan mengajar ‘budi bahasa’ dan memberi reaksi dengan menggigit balas, mencakar balas dan ‘kepimpinan melalui tauladan’. Malangnya anak kucing yatim yang seorang diri tidak akan menerima pelajaran ‘budi bahasa’ seperti ini. Mendedahkan anak kucing yatim kepada manusia lain atau kucing lain pada umur muda akan membantu membetuk perilaku yang baik. Jangan biarkan anak kucing ini menggigit atau bermain secara agresif kerana ini hanya mendorong perilaku buruk.

 

******************************************************************************
******************************************************************************

 

SUMBER – Ain 

Menyusukan
  • Boleh menyusukan anak kucing kucing menggunakan botol susu bersaiz kecil yang dijual di pet shop ataupun ‘syringe’ .
  • Susu mestilah dalam keadaan suam bagi mengelakkan kembung perut .
  • Anak kucing perlu diberi susu setiap 3-4 jam dengan cara membalut mereka menggunakan tuala yang lembut.
  • kedudukan syringe semasa menyusukan anak kucing mestilah di bahagian tepi mulut bagi mengelakkan tersedak dan termasuk ke dalam paru-paru.
  • TIPS : kalau anak kucing tak nak menyusu , lebihkan air kosong(air masak) supaya mereka dapat bertahan tanpa susu.
P/S : Mula2 mmg susah sikit nak menyusukan dorg sebab dorg nak susu mama dorg jugak , tapi selepas tiga atau empat hari , insyaallah diorang dapat sesuaikan diri dengan susu bancuh /susu kucing dalam kotak.Buang Air

  • Selepas anak kucing diberikan susu, baringkan badan mereka dan pedap bhagian punggung  menggunakan kapas basah ataupun tisu basah sehingga najis ataupun air kencing keluar .
P/S : Kebiasaanya ibu kucing yg akn ajar anak dia buang air dengan menjilat bhagian punggung anak kucing.

 

Pastikan tempat selesa

  • Tempatkan anak kucing dalam bekas seperti kotak atau bakul dengan melapik beberapa kain yang dapat memanaskan badan mereka .( sebab dorg ni memerlukan suhu yang agak panas macam badan mama dorg )
Anak kucing akan mula belajar makan dengan sendiri apabila umur mereka masuk sebulan . So , mama angkat dorg ni boleh la mula ajar dorg makan..Boleh ajar makan guna whiskers ikan packet dengan whiskers biscuit dlu. whiskers biscuit tu rendam dengan air panas sehingga lembut . ( anggaran masa dalam 1jam ) .Selepas tu ,gaulkan dengan ikan packet.. Kalau boleh , ajar diorang bau ikan dan ayam bagi ada selera dlu 🙂  Tapi ingat , susu masih perlu diberi kpada mereka..

PERMULAAN : mungkin ada setengah yang dah pandai minum air sndri dan ada yang belum . Jangan risau , boleh ajar dengan pedap air kat mulut dorg guna jari / isi air dalam bekas kecil . Selalunya anak kucing akan menyibukkan diri belajar sesuatu seperti panjat , bermain , mkan , dan minum air.

25650 Total Views 8 Views Today

54 Comments

  1. sy pn dgn tak disangka terjebak dgn anak kucing yg br seminggu lbh dilahirkan kematian ibu… duhai,, sshnya hati.. dah terdesak sy bagi je susu kambing tepung… guna plastik yg dipotong sikit bucunya… alhamdulillah.. si techik ni blh mnm… tapi tak sama dgn susu ibu… 2ekr tak dapat bertahan.tinggal 3ekor … tu pun slalu skt2.. harap panjan umurnya n sihat… x sggup sy kehilangan lg.. sekarang berumur 2bulan..

  2. Semalam ade anak kucing dekat depan rumah..Bulu still basah and nk jalan pn x brape nk boleh..Sekor diri jer kat luar..Mungkin ade orang buang sebab kitorang dh tunggu sehari still kat situ…And,ari nie kitorang jaga and bg susu..Pagi ngan tengahari dia cergas lh..Tetiba malam dia jd cm lemah..Susu pn x nk..Dia mmng macam nie ataupun ape??

  3. kesian nyee kucing tuh.. saya baru jee sambut kelahiran anak kucing pagi tadi pukul 7.33am.. tapi ibu dia terus lari lepas anak dia lahir.. xbalik2.. saya xtau nak buat apa dgn anak dia.. lap2 bulu ngan tisu.. bagi kering.. nk bagi minum pun.. saya buat susu letak kat jari, bagi dia jilat.. boleh ke mcm tuh?? anak kucing parsi.. takot sgt dia xhidup lama… sedihnyeee

  4. Kalauu bagi dia susu pekat yang dalam tin campur dengan air suam boleh tak ? Harap kak fyna replyyy. Kita jumpa anak kucing kat depan pintu. Mak dia asyik hilang je dating ;__;

  5. Ada dua ekor kucing, dia sepatutnya dah bukak mata sikit. Tapi tak bukak2 sebab taik mata dia dah keras. Macam mana nak buang? Terima kasih

  6. Terima kasih kerana mengajar saya tentang menjaga anak kucing yang ditinggal oleh ibunya.

  7. Salam.. Cuma nak tanya kalau kita belikan susu utk anak kucing tu tanpa rujuk pada doktor haiwan boleh ke.. sy ada3 ekor anak kucing baru seminggu tapi mama dia da hilang. Saya cuba bg minum susu tp diorg xnk. huhuhu.. boleh bagi bantuan ke.. Terima kasih…

  8. klau bgi ank kucing tu mnum susu dutch lady bley x? haha.. kucing nii da bley merakak mte da bley bkak.. kite xtau nk jge kucing nii bru first time?

  9. mcmmne sy nk bg susu kt ank kcing yg bru lhir empat ari.. sy nk btol khas utk kcing ssah.., bndr sy xde klink haiwn.

  10. Bela anak kucing memang macam kita bela baby, sediakan susu, lapkan badan, ajar dia buang najis di pasirnya sendiri , pendek kata memang memerlukan kesabaran tahap gaban kalau teringin bela anak kucing yang ditinggal ibu. Tapi anda tergolong dalam orang yang sabar jika membela anak kucing yang sedia berkerenah ini. Syabas Fyna.

  11. ooooo mcm ni ker? saya hari tu bela dua ekor anak kucing ada org buang. buang lak anak jer ibu x der..kecian betol. saya bagi air susu tehn tgk esok dah x der anak kucing tu kena culik sb letak kat luar rumah

  12. dear syuhada : comelkan kucing2 nih. ^_^ waaa. siap whiskas lagi.raya tahun nih pun balik kampung nanti kena bawa diorang balik.

  13. bagusnya panduan ni..saya sangat suka dengan kucing..dulu pantang jumpa kucing terbiar mesti bawa balik even ada asthma pun dulu memang bela kucing.. tapi bila dah ada anak2, and anak2 pun ada asthma juga jadi sekarang kami dah tak bela kucing lagi.. kena fikirkan kesihatan anak2 pula..tapi kadang2 dlm handbag tu standby juga whiskas & friskies..kot2 terserempak dgn kucing2 yg kelaparan kan..boleh juga bagi makan.. 🙂

  14. Dulu masa kat kampung bela kucing sampai cecah 22 ekor. Semuanya bermula dari sepasang dan mula membiak dan membiak. Sekarang seeekor pun tak bela di rumah. Tak sesuai dengan keadaan rumah taman ini berbanding kampung dulu.

  15. Perghh gila panjang, tapi cukup detail. Memang anak kucing baru lahir perlu penjagaan berkala, lebih2 lagi kalau ibu dah lari dengan jantan lain .. cis bedebah … Bro pernah beberapa kali bela anak kucing dalam situasi macam ni, dan semuanya tak dapat hidup lama .. walaupun bawa jumpa veterinar bagai …

    Memang susah, tapi panduan yang Bro HH baca ni sedikit sebanyak dah bagi banyak ilmu tambahan mengenai penjagaan anak kucing …

    Terima kasih.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*