Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gastrik

Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gastrik | Ketika bulan puasa, kesihatan hendaklah dijaga. Tiada alasan untuk tidak berpuasa atau pun untuk ponteng puasa. Oleh itu, beberapa tips perlu diikuti supaya kesihatan sepanjang berpuasa dalam keadaan baik. [ Punca Penyakit Gastrik ] 

Tips Berpuasa Pesakit Gastrik

Blog Kesihatan | Kesihatan Penting Untuk Semua

Simpton Penyakit Gastrik

  1. Sakit perut pada bahagian atas perut atau abdomen.
  2. Rasa senak, berangin atau pedih.
  3. Rasa tidak selesa dan kembung. [ Rahsia Solat Dari Sudut Sains Dan Kesihatan ]
  4. Sendawa berulang kali.
  5. Kerap kentut selepas makan.
  6. Rasa mual atau loya dan muntah.
  7. Berat badan turun (peringkat kronik).
  8. Najis berwarna hitam seperti tar dan muntah yang mengandungi darah (peringkat kronik).

Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gastrik
Tips Berpuasa Untuk Pesakit Gastrik

1. Berbuka secara ringan
Kadangkala, sakit perut sewaktu berpuasa bukan disebabkan gastrik, tetapi tabiat makan seseorang apabila berbuka. Pesakit harus makan sedikit demi sedikit secara berperingkat-peringkat apabila berbuka supaya perut yang sehari berehat tidak  “terkejut”  Sebaiknya berbuka dengan makanan yang ringan seperti kurma, air kosong, buah-buahan atau sup rendah lemak. Berehat seketika dengan menunaikan solat Maghrib, kemudian bolehlah mengambil makanan lebih berat. [ Khasiat Kurma Untuk Kesihatan ]

2. Tidak berbuka terlalu berat
Apabila waktu berbuka, ramai yang memulakan suapan dengan makanan berat dan bersifat kompleks yang boleh menyebabkan masalah ketidakhadaman. Karbohidrat daripada nasi putih cepat ditukarkan ke bentuk gula (tenaga). Jika mahu makan nasi putih, pastikan kuantitinya sama banyak dengan sayur yang berfungsi sebagai penapis untuk melambatkan proses penukaran karbohidrat ke gula.

3. Makan makanan yang mengandungi sulfur
Ramai beranggapan serangan gastrik lebih kerap berlaku pada Ramadan kerana apabila tiada makanan, tahap keasidan dalam perut bertambah. Anggapan ini kurang tepat kerana apabila berpuasa, keseluruhan sistem penghadaman kita berehat, bermakna rembesan asid hidroklorik dalam perut akan menurun. Jadi seharusnya tidak timbul masalah sakit atau senak akibat keasidan perut yang tinggi. Seeloknya banyakkan pengambilan makanan yang mengandungi sulfur seperti brokoli, kubis dan bawang putih.

4. Elak minum minuman berkafein ketika berbuka
Elakkan dari minum minuman berkafein ketika berbuka contohnya seperti kopi, teh atau nescafe. Ini kerana ia mengandungi kafein yang merupakan perangsang saraf yang menyebabkan kelenjar jus gastrik di perut menjadi lebih aktif. Bagaimanapun ia boleh diambil selepas solat terawih bukannya ketika berbuka. [ Tips Kesihatan Dari Nabi Muhammad SAW ]

5. Elak makanan tinggi lemak
Elakkan makan makanan kompleks dan mendatangkan kerengsaan pada perut seperti makanan berlemak, pedas, masam, berempah, berminyak dan bergoreng. Ia akan menjejaskan kelancaran sistem pencernaan dan tidak hairanlah ramai mengadu sakit perut selepas berbuka. Seeloknya ambilah lauk atau juadah berbuka puasa yang rendah lemak.

6. Makan secara sederhana
Jika orang mengadu sakit perut ketika lapar, ia menandakan asid hidroklorik terlalu banyak dalam perut dan sebaliknya, jika sakit perut selepas makan, ia mungkin menandakan masalah ulser perut kerana lapisan mukosa lemah. Makan secara sederhana, secukupnya dengan melebihkan sayur-sayuran dan buah-buahan. Sebaik-baiknya, berhenti makan sebelum kenyang.

SUMBER : http://www.ezlaila.com

1456 Total Views 2 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*