If you liked this post, say thanks by sharing it
TIPS BERBELANJA KETIKA MUSIM PERAYAAN | BULAN RAMADHAN & HARI RAYA AIDILFITRI | TIPS BERBELANJA
Tips perbelanjaan yang ringkas tapi diharapkan dapat dikongsi bersama-sama.
1. Perbelanjann secara terancang.
- Mulakan dengan membuat penilaian semua perbelanjaan anda.
- Tetapkan jumlah yang anda ingin belanja dan jumlah yang ingin disimpan
- Jika anda mempunyai kedudukan kewangan yang agak terhad, kenalpasti perkara yang paling penting untuk anda belanjakan.
- Belanja ke atas barangan keperluan dahulu
2. Harga.
- Semak senarai harga barangan
- Buat senarai barangan yang anda ingin beli dan bawa senarai tersebut sewaktu membeli belah untuk mengelakkan pembelian secara mendadak (impluse purchase)
- Untuk mengelakkan perbelanjaan secara berlebihan, bawa jumlah wang yang mencukupi untuk membeli barangan yang disenaraikan
- Rancang perbelanjaan dengan teliti dengan membuat perbandingan harga
- Seringkali menjelang musim perayaan, harga barangan akan melambung tinggi. Maka, elok sekiranya perbelanjaan di buat lebih awal dari tarikh berhampiran dengan perayaan.
- Rekod segala perbelanjaan yang dibuat bagi merancang perbelanjaan akan datang dengan lebih teliti, jika terlebih berbelanja, berusaha lah untuk berjimat serta mengurangkan perbelanjaan.
3. Gaya Hidup.
- Beli barangan keperluan dan bukan kehendak
- Jika menggunakan kad kredit, pastikan anda membuat bayaran penuh (full settlement) bagi mengelakkan hutang tertunggak
- Amalkan sikap berjimat cermat dan perbelanjaan bukan untuk menonjolkan kemewahan
- Jangan mudah terpengaruh dengan promosi dan tawaran









Dah bg tips shopping raya.. yey! hehehe
shopping ala kadar jer..
sop : waaaa…dah semangat ye? hehe.. shopping, jangan tak shopping ^^;
hehehe… thanks for the tips…. ahakz… selamat berpuasa…
sama-sama. sharing is caring. selamat berpuasa juga. ^^;
sila hati2 giler klau blanja guna kad kredit, erkk…
tahu takpe. kang terlebih guna, dah susahkan diri sendirikan.
saye suke murah2,..tp asalkan berkualiti..hehe
samalah dengan fyna. sebab itu harga pun memainkan peranankan.
biar sederhana… tak yah nak over…
betul tue sis mia. biar berpada sahaja kan kalau kita berbelanja.
Raya mengajar kita untuk berdisiplin terhadap diri sendiri. Termasuk berbelanja. Sharing yang sangat baik fyna. Untuk peringatan sebelum Taliff kelaur membeli kelak
hehe.. time raya mesti time $$ keluar bnykkn.. hehe
nice tips!Cendol mmg payah beno nak belanja2 ni..mesti pikir berkali kali..haha itu nmenye kedekut ke hape?
tapi kalo bab mkn,sume boleh..tak pikir2..ape nak beli je..haha
tenkiu singgah belog cendol
ni semangat ni nk beli baju raya walaupun baru 3 hari pose hehehe
Semenjak berpindah ke rumah baru nih, asyik terpikir nak shopping beli kelengkapan rumah. Tapi cuba jugak bersederhana. Beli apa yang penting jer. Kad kredit pun bayar penuh.