Tips Anak Kecil Mudah Bangun Sahur

Tips Anak Kecil Mudah Bangun Sahur | Bagaimana untuk mengejut anak kita yang kecil untuk bangun sahur dengan mudah? Selalunya anak-anak kita yang kecil dan baru hendak belajar berpuasa, akan ada banyak ragam untuk bangun sahur. Dan cabaran untuk ibu bapa untuk mengejut mereka bangun. Tetapi ibu bapa jangan risau, insyaallah anak-anak kita akan bangun sahur juga. [Menu Waktu Sahur Yang Sesuai Untuk Anak Kecil]

Bangun Sahur

1. DEDAHKAN AKTIVITI SAHUR SEJAK AWAL
Kanak-kanak seharusnya didedahkan dengan persekitaran bangun sahur sama adamenerusi perbualan harian, mahu pun bahan bacaan atau tontonan rancangan televisyen yang memaparkan keseronokan bangun sahur.

2. SEDIAKAN MAKANAN KEGEMARAN MEREKA
Selain daripada golongan dewasa yang mempunyai makanan kegemarannya, kanak-kanak juga memiliki pilihan sendiri. Oleh itu, hidangkan makanan kegemaran mereka setiap kali mereka bangun sahur. Paling menggembirakan hati mereka apabila anda cuba berbincang dengan mereka menu untuk keesokan harinya sebelum mereka masuk tidur. [Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur]

3. GUNAKAN PERKATAAN YANG LEMBUT
Sesungguhnya anak-anak kecil gemar dipujuk. Oleh itu, setiap kali kejutkan mereka untuk bangun bersahur, anda harus menggunakan perkataan dan panggilan nama yang sesuai. Sebagai contoh, “Bangunlah manja ibu… anakibu hebat sebab rajin bersahur…”

4. MAINKAN LAGU MOTIVASI
Seperti yang diketahui, lagu mampu memberi kekuatan luar biasa jika kena caranya.oleh itu,apa kata anda memainkan muzik atau lagu dengan nada kekuatan yang bersesuaian ketika mengejutkan mereka terutama lagu yang mereka suka.

5. BERI GANJARAN MOTIVASI
Antara usaha lain yang dapat ibu dan bapa lakukan ialah dengan menyediakan ganjaran motivasi apabila anak anda bangun bersahur. Ganjaran yang diberikan tidak perlu mahal atau mewah, cukup sekadar sesuatu bentuk kecil yang bermanfaat untuk anak-anak seperti buku cerita baru, atau pujian dari ibu bapa. Dengan itu ia akan membangkitkan semangat dan motivasi anak untuk terus bangun bersahur.

Tips Anak Kecil Mudah Bangun Sahur

PANDUAN MENGEJUTKAN ANAK BANGUN BERSAHUR
– Pegang anak jari kiri atau kanan sambil memanggil namanya perlahan-lahan
– Sentuh bahunya dan goyangkan perlahan-lahan sambil panggil namanya
– Renjis air di muka secara perlahan sambil memanggil namanya
– Menampar manja dan lembut di pipinya sambil memanggil namanya
– Tutup kipas atau penghawa dingin serta selak selimutnya

SUMBER : http://infosihat.com.my

1402 Total Views 1 Views Today

Related Post

1 Comment

  1. Alhamdulillah fyna,xlama dah nak masuk bulan Ramadhan,tips ini berguna sekali,kalau boleh berlatih sebelum tiba nya Ramadhan,thanks fyna for sharing 🙂

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*