Tanda-tanda Kucing Kemurungan

Tanda-tanda Kucing Kemurungan | Percaya atau tidak, sebenarnya kucing juga mengalami kemurungan atau depresi. Kajian menunjukkan kemurungan pada kucing pertama kalinya dikenalpasti pada tahun 1990-an.

Sebab-sebab kemurungan pada kucing antaranya ialah masalah kesihatan atau jika berlaku sesuatu yang di luar dari kebiasaan hidupnya seharian seperti mengubah perabot, berpindah, kehilangan keluarganya atau orang-orang yang rapat dengannya.Tanda-tanda Kucing Kemurungan

Tanda-tanda Kucing Kemurungan

  • Tidak aktif seperti selalu, kurang bertenaga atau tidur sepanjang masa.
  • Mula bersembunyi seperti di bawah katil, disudut bilik dan mengelakkan diri dari berkomunikasi dengan anda;
  • Kurang berminat dengan makanan hariannya atau gagal menghabiskan makanan di dalam pinggannya seperti selalu
  • Kurang atau berhenti membersihkan dirinya
  • Mula kencing (spraying) atau tidak lagi menggunakan litter box dengan sempurna
  • Agresif, menunjukkan karekter luar biasa seperti menggigit, mencakar dan berkelakuan seperti hissing.
  • Kerap mengiau dengan suara yang tinggi atau luar biasa apabila sesuatu yang rapat dengannya hilang, tiada atau mati seperti kucing atau anjing yg lain dan orang (seperti adik beradik, ibu bapa kita). Kerap meronda keliling rumah seolah-olah mencari sesuatu yg hilang.

Tips Atasi Kucing Kemurungan akan admin sambung untuk entri yang akan datang.

SUMBER

4111 Total Views 5 Views Today

Related Post

3 Comments

  1. Kemurungan kucing tidak boleh dielakkan dalam semua kes kerana ada kucing yang lebih mudah terdedah seperti manusia. Walau bagaimanapun, apa yang anda boleh lakukan untuk mengelakan kemurungan kucing adalah dengan memberikan satu persekitaran penyayang yang bebas daripada tekanan untuk kucing anda. Anda harus jadual peperiksaan veterinar tetap untuk jaga kesihatannya.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*