Syarat Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan 1M4U

Pin It

 

platim4uSyarat Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan 1M4U | Berikut merupakan syarat-syarat tawaran untuk bidaan nombor plat kenderaan 1M4U

PERHATIAN :
I) Gunakan SATU borang untuk SATU tawaran nombor pendaftaran sahaja.
II) Tulis dengan betul, jelas dan terang. Sila gunakan HURUF BESAR.
III) Gunakan satu petak bagi setiap huruf atau angka. Tinggalkan satu petak kosong diantara perkataan.
IV) Gunakan ejaan ringkas jika ruangan tidak mencukupi.

1. Setiap permohonan hendaklah dibuat melalui Borang Tawaran Nombor Pendaftaran Kenderaan yang boleh
dimuat turun di laman web: www.platim4u.com

2. Setiap tawaran hendaklah disertakan dengan deposit , iaitu 50% daripada harga tawaran yang dibuat tetapi t idak
kurang daripada RM 500.00 sebagai deposit minimum. Sekiranya deposit tawaran tidak disertakan atau deposit
tawaran yang disertakan adalah kurang daripada 50% maka permohonan adalah terbatal dengan sendirinya.

3. Borang permohonan ini hendaklah ditandatangani oleh pemohon sendiri. Sekiranya syarikat, ianya hendaklah
ditandatangani oleh orang yang diberi kuasa dan cop rasmi Syarikat.

4. Borang permohonan bersama-sama dengan deposit tawaran hendaklah dimasukkan ke dalam sampul surat yang bertutup dan berperekat rapi.

5. Semua tawaran untuk nombor pendaftaran hendaklah dipos atau dihantar terus ke alamat berikut:

Urusetia Plat 1M4U
SW-03A-06, Cova Square, Jalan Teknologi,
Kota Damansara, PJU 5, 47810, Petaling Jaya,
Selangor Darul Ehsan.

Tarikh tutup permohonan pada hari Jumaat 29 Mac 2013 jam 5.00 petang. Semua permohonan yang diterima
melebihi tarikh dan masa yang telah ditetapkan, akan ditolak permohonannya.

6. Pemohon yang berjaya mendapatkan nombor pendaftaran melalui sistem tawaran ini hendaklah mendaftarkan nombor tersebut pada sebuah kenderaan atas nama pemohon sendiri atau boleh dipindah milik kepada orang lain. Tempoh pendaftaran adalah sehingga 31 Disember 2013 dan semua proses pendaftaran hanya boleh dilakukan di Jabatan Pengangkutan Jalan (JPJ) Cawangan Wangsa Maju, Wilayah Persekutuan.

7. Bayaran penuh tawaran nombor pendaftaran yang berjaya hendaklah dibuat dalam tempoh 2 minggu. Sekiranya
maka deposit tawaran sebanyak 50% yang telah dikemukakan.

8. Bagi pemohon-pemohon yang tidak berjaya, deposit akan dikembalikan secepat mungkin.

9 . Nombor yang sudah dibayar tetapi gagal didaftar dalam tempoh yang ditetapkan akan ditarikbalik dan sebarang
bayaran yang telah dibuat tidak akan dikembalikan dan bagi kes-kes tertentu yang
menghalang pendaftaran dalam tempoh 6 bulan, perlanjutan tempoh boleh dibenarkan tetapi tertakluk kepada
bukti-bukti kukuh yang boleh menyokong permohonan tersebut.

10. Permohonan yang tidak lengkap atau lewat akan di TOLAK.

11. Pihak 1M4U tidak terikat untuk menerima mana-mana tawaran tertinggi atau mana-mana permohonan tawaran.

12. Keputusan Jawatankuasa Tawaran adalah muktamad.

209 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>