If you liked this post, say thanks by sharing it
SYARAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) #KL112 | SYARAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112 | KL112 | HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT | 12 JANUARI 2013
SYARAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) #KL112
LOKASI TEMPAT BERKUMPUL HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT #KL112
GAMBAR HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) #KL112

Syarat-syarat tersebut mengikut Seksyen 15(1) Akta Perhimpunan Aman 2012 (Akta 736).
“Diharapkan semua datang awal dan memberikan sokongan tanpa membuat kecoh kerana kita akan berkumpul secara aman,” kata Mohamad kepada media selepas pertemuan itu di IPD Dang Wangi petang tadi.
SYARAT HIMPUNAN KEBANGKITAN RAKYAT (HKR) #KL112
Antara syarat ketat yang ditetapkan polis adalah:
- Penganjur dan peserta yang berada dalam himpunan itu tidak melakukan apa-apa perbuatan atau membuat apa-apa pernyataan yang berkecenderungan untuk mengembangkan perasaan jahat, perasaan tidak puas hati atau permusuhan di kalangan orang awam amnya atau membuat apa-apa yang akan menganggu ketenangan orang awam.
- Penganjur hendaklah memastikan bahawa dia atau mana-mana orang lain yang berada di himpunan tidak melakukan apa-apa kesalahan di bawah mana-mana undang bertulis.
- Penganjur hendaklah mematuhi tarikh, masa dan tempat perhimpunan sebagaimana yang telah ditetapkan, tarikh 12 Januari 2013, 2 petang hingga 5 petang di Stadium Merdeka.
- Penganjur hendaklah menentukan tiada kanak-kanak di bawah umur 15 tahun ke tempat perhimpunan.
- Penganjur hendaklah menentukan semua syarat-syarat dan semua sekatan perhimpunan dimaklumkan kepada semua peserta perhimpunan.
- Penganjur hendaklah memastikan bilangan peserta perhimpunan yang masuk stadium tidak melebihi 30,000 orang sebagaimana mengikut terma yang ditetapkan oleh pemilik Stadium Merdeka.
- Penganjur hendaklah mematuhi cara berhimpun yang ditetapkan di bawah Akta 736.
- Penganjur hendaklah memastikan pembersihan semasa dan selepas perhimpunan atau menanggung kos pembersihan tempat perhimpunan.
- Penganjur hendaklah memastikan perhimpunan itu tidak akan membahayakan kesihatan atau menyebabkan kerosakan kepada harta atau alam sekitar.
- Penganjur dan peserta hendaklah bekerjasama dengan pihak berkuasa awam.







