SUMPAH-SUMPAH TERKECIL

SUMPAH-SUMPAH TERKECIL
Saintis umum penemuan sumpah-sumpah terkecil

 

BERLIN, Jerman – Sepasukan saintis mengumumkan pada minggu ini bahawa mereka telah menemui haiwan sumpah-sumpah yang sangat kecil sehingga ia boleh diletakkan pada batang mancis.

Tergolong dalam spesies cicak, sumpah-sumpah itu yang dikenali dengan nama saintifik, Brookesia micra, memiliki panjang maksimum cuma 29 milimeter.

 

SUMPAH-SUMPAH PALING KECIL

Ia ditemui sepasukan penyelidik Jerman dan Amerika Syarikat (AS) di Pulau Nosy Hara, utara perairan Pulau Madagascar.

Spesies berkenaan merupakan antara empat haiwan sumpah-sumpah kecil yang hidup di Madagascar dan dipercayai antara reptilia terkecil di dunia.

Menurut seorang saintis di Zoo Koleksi Negara, Frank Glaw di Munich, satu-satunya cara untuk mencari haiwan sumpah-sumpah itu adalah dengan menggunakan lampu picit pada waktu malam kerana haiwan itu akan memanjat pokok-pokok kecil untuk tidur. – Reuters

1539 Total Views 4 Views Today

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*