SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA?

Pin It

SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA | SHILA AMZAH | SHARNAAZ AHMAD | PUNCA SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA

SUMBER 

SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA

TAK payah nak hipokrit!,” tegas pelakon, Sharnaaz Ahmad ketika ditanya mengenai kenyataan kekasihnya, Shila Amzah, berhubung kemelut yang mereka alami.

Shila yang kini berada di kota Shanghai, tampil memohon maaf di atas apa yang berlaku antara Sharnaaz dan bapanya, ND Lala menerusi e-mel kepada pihak media.

Menerusi kenyataannya itu, Shila, 23, tidak menyalahkan mana-mana pihak. Namun sebagai anak dan kekasih, dia mengharapkan segala kekusutan yang timbul segera berakhir.

Bagaimanapun, Sharnaaz, 28, yang dihubungi Sinar Harian mengakui tidak tahu menahu mengenai e-mel dari kekasihnya itu.

“E-mel apa pula ni? Saya tak tahu apa-apa dan malas nak layan. Semuanya propa saja!”Saya tak nak ambil tahu kerana kesudahannya, saya juga akan dipersalahkan. Lebih baik saya mengambil keputusan berdiam diri dan fokus dalam kerjaya.”Buat masa ini, saya hanya fikir kerja saja. Yang lain, saya malas nak fikir. Terpulanglah pada dia (Shila) nak buat apa sekalipun. Saya tak nak ambil tahu lagi,” tegasnya.

Diajukan tentang hasratnya untuk merisik Shila pada Mac ini, pelakon Ruby ini berkata, dia terpaksa membatalkan hasratnya itu.

“Saya tidak akan hantar rombongan merisik. Saya sendiri pun tidak tahu ke mana hala tuju hubungan ini.”Saya tak pasti dan hanya berserah,” kata pelakon drama Bukan Bidadari ini.

Ditanya lagi apakah hubungannya dengan Shila sudah berakhir, Sharnaaz bagaimanapun enggan mengulas perkara tersebut.

“Seperti yang saya katakan, saya dah malas nak layan semua ni lagi. Saya tak nak bercakap tentang dia (Shila) lagi,” katanya dengan nada yang kecewa.

160 Total Views 6 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

8 thoughts on “SHILA AMZAH DAN SHARNAAZ AHMAD PUTUS CINTA?

  1. hmmm biaselah artis. sekejap je pastu tukar len lak. huhu

  2. Insyaallah kalau ada rezeki tak ke mana jodoh kalian…

  3. berdoalah yg terbaik… =)

  4. emm, camtula…haha

  5. macam2…..

  6. joget

    peranga dua org nii mcm budak. Ikut nafsu. Tak payah satu dunia tahu, org lain pun bercinta, muka kau dua org pun bukannya handsome and cantik sangat. Cuba fikir maruah ibubapa. Ehhh…geram, memang sah berpisah kalau betul kawin nanti.

  7. cyclone

    Memang betui.. Belum kawin dah gaduh, kalau dah kawin, alamat terbanglah tangga rumah.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>