Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur

Pin It

Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Seperti yang kita ketahui, tidak lama lagi semua umat Islam akan bermula menjalani ibadah puasa. Malam ini jangan lupa untuk membaca niat puasa tahu. [Niat Puasa Ramadhan Dan Doa Berbuka Puasa]. Diharapkan segala persediaan untuk berpuasa sudah dipersiapkan dan akan dipersiapkan.

juadah buka puasaSebenarnya banyak sahaja pilihan untuk berbuka. Samada masak sendiri atau beli.

PERSOALAN : Korang selalu beli atau masak sendiri?

Setiap tahun keluarga admin akan siapkan senarai menu untuk berbuka puasa. Secara tidak langsung boleh digunakan untuk menu bersahur juga. Untuk memudahkan pilihan. Sekurang-kurangnya bila masuk dapur, sudah ada idea.

kurmaYang penting, kurma mesti ada.

Antara senarai menu juadah berbuka puasa yang boleh disenaraikan ialah :

Kuih-muih
Karipap
Popia Basah / Kering
Pisang Goreng
Roti John
Murtabak
Kuih Tepung Pelita

Mee / Bihun / Kuey Teow
Goreng
Tomyam
Hailam
Sup

Nasi
Nasi Lemak
Nasi Goreng Paprik
Nasi Goreng USA
Nasi Goreng Kampung
Bubur Lambuk

Lauk-pauk (Admin akan senaraikan di entri baru sebab senarai yang agak panjang)
Ayam Masak Merah
Ayam Masak Kicap
Tomyam
Ayam Percik
Sotong Goreng Kunyit
Sotong Sambal
Ayam Masak Lemak Cili Api
Ayam Panggang

Air
Milo
ABC
Kopi
Lai Chee Kang
Tebu
Teh Ais
Bandung Cincau

*Admin akan kemaskini dan tambah sekiranya ada penambahan idea. Sekiranya ingin memberi idea, boleh kongsikan bersama admin. Admin akan backlink bersama blog anda*

754 Total Views 11 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

47 thoughts on “Senarai Menu Pilihan Juadah Berbuka Puasa Dan Sahur

  1. hahaha tebu memang minuman wajib.Air khatira.. lychee kang. Perghh osem :D

    • tok ketua : air khatira? nak kena search nih. hehehehe…

  2. el

    taun ni pose k.el nak diet..so masak ala kadar je hehe

    • dear kak el : baguslah kak el. samalah kita ^_^

  3. jaga-jaga perut saya dah lapar ini

    • dear suri : ehehe.. sabar ye. ^_^

  4. tudia cik fyna hehehe gigih

    • KH : hehehe. senang kalau dah ada menu macam tue.

  5. selamat berpuasa fyna :)

    • KZ : selamat berpuasa KZ ^_^

  6. sellaunya aiza masak je, jarang beli.. aiza teringin nak makan nasi kerabu, tapi beli aje la sebab tak reti nak buat.. hihi..

    • dear aiza : mana yang senang nak masak, kita masak je kan. puas hati.

  7. prefer mkn kt masjid. haha.

    • CS : owh. ok sangat lah tue. boleh terus sembahyang tarawikh. ^_^

  8. acik beli je :) bujang kn

    • acik : tak yah nak pening-pening kepala nak masak apa kan.

  9. salam..

    wahh bgus btul ye siap bg idea utk saho n buke nanti..hehe..
    untungla yaya ni jenis xmakan sgt..xde penin nak pikir makan ape utk buka atau saho..hehe ;p

    • dear yaya : senang kalau dah ada idea. tinggal nak masak je. ^_^

  10. Bulan puasa ni, apa saja yg ada semua nmpk sedap. Hahahaha…lapar…lapar…

    • wan : betul tue. air kosong pun nampak sedap kan.

  11. selamat berpuasa fyna dear. Kena bijak memilih makanan…jangan rambang mata pula yer..hehe

    • dear PK : hahaha. tuelah. minta2 tak rambang mata lah nanti.

  12. Murtabak dengan bandung cincau! pergghh!… eh bazar tak bukak lg. tunggu. hehe

    • amirul : dah boleh nih kot. dah buka rasanya.

  13. Joe

    Selamat berpuasa ye…. Aku nak makan murtabak…

    • joe : selamat berpuasa juga. murtabak!! waaa… sangat sedap.

  14. ALamak…baca artikel ni masa tgh puasa..memang menguji kesabaran nih..hehe

    • hafizul : erk… tahan-tahan. hehehehe..

      • Haha..nasib suruh tahan..kalau takkkkk habissss lahh..haha

  15. tahun ni kena masak sendiri. kalau beli kat bazar ramadhan memang banyaknya berlaku pembaziran je

    • boni : perrgghhh… boni masak sendiri ke?? *garu-garu kepala*

  16. sahur makan kurma aje cukup.

    • hafiz : ha’a kan. makan kurma masih lagi memberikan tenaga seharian. insyaAllah.

  17. kurma memang wajib walaupun bukan bulan puasa :)

    • dear hana : kan.. boleh dimakan selain bulan puasa pun. nyum..nyum..

  18. mmg power la senarai berbuka puasa dan sahur cik fyna…
    yg paling saya suka.. bandung cincau..
    pergghhhhhh.. boleh meleleh air liur menunggu buka.. heee

  19. Menu berbuka favorit di keluarga saya biasanya aneka sup dan gorengan…

  20. Juadah pertama saya masa hari pertama ramadhan adalah nasi lemak. Dulu kalau sarapan takda rasa istimewa pun nasi lemak, tapi bila bulan puasa ni, dah jadi satu juadah istimewa.. :D

  21. tinggal dengan keluarga…tunggu mak masak aje lah….

  22. nasi kerabu jangan dilupa :)

  23. makan apa yang ada je…tapi kalau petang2 tu memang rajin ronda bazaar ramadhan…murtabak mesti beli…murtabak feeling makan time bulan puasa je…hee

    • fyna dengan mak selalunya masak kat umah. jarang beli kat luar.

  24. roti jalan + kuah kari…time sahur memang best makan kalau tak lalu makan nasi…:D

    • perrrgghh… terbail tue. nyum.. nyum..

  25. Ain Ridzuan

    Saya kalau bulan puasa mesti cari Nasi Arab.. Nak buat tak reti, beli je la.. yang pasti masak kat rumah lagi best dari beli kat Bazar Ramadhan.. Namun apakan daya… sampai rumah jer dah jam 6.30.. :)
    http://sweetmom83.blogspot.com

    • ain : nasi arab?? sedap tue. ^_^

  26. lee

    Admin tak nk try manu kat http://www.facebook.com/yzbamboo sedap kot.. sy dah try. tapi lupa la ape name dia klu nk tau tgk la kat page dia

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>