Senarai Keputusan Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam 2013

Pin It

KENAIKAN GAJI KAKITANGAN AWAM 2013

Senarai Keputusan Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam 2013 | PUTRAJAYA – Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak hari ini mengumumkan ‘berita baik’ sembilan perkara yang dinantikan oleh 1.4 juta kakitangan awam termasuk kenaikan gaji tahunan yang diawalkan dan akan berkuat kuasa mulai 1 Julai ini.

Mengumumkan perkara itu di sini hari ini, Najib berkata, kesemua inisiatif yang diumumkan hari ini adalah sebahagian daripada sistem saraan baru iaitu Sistem Saraan Transformatif (SST) – yang menggantikan Sistem Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) yang dibatalkan tahun lalu.

Antaranya:

– Mulai 1 Januari 2013, pangkat dalam ATM dan PDRM disetarakan dengan perkhidmatan awam iaitu Koperal ATM & PDRM dari gred gaji 17 kepada gred 22; Sarjan ATM dan PDRM dari Gred 27 kepada Gred 29; Kapten ATM dan Penolong Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 44; Mejar ATM dan Timbalan Penguasa Polis dari Gred 41 kepada 46A; Kolonel ATM dan Penolong Pesuruhjaya Polis dari Gred 48 kepada 52;

– 50,000 pegawai kontrak yang tamat kontrak pada 31 Disember 2013 akan disambung lagi setahun. Kajian menyeluruh akan dilaksanakan kemudian;

– Skim perkhidmatan dari Gred 1 hingga 10, dinaik taraf kepada gred gaji kelayakan masuk PMR. Seramai 166,541 penyandang terima manfaat ini;

– Kerajaan setuju laksana urusan kenaikan pangkat Kumpulan Pelaksana dengan memendekkan tempoh kenaikan pangkat dari tempoh 15 tahun kepada 13 tahun. Ia libatkan seramai 17,000 penjawat awam yang layak;

– Kerajaan setuju luaskan kaedah pelaksanaan kenaikan pangkat iaitu Kenaikan Pangkat Laluan Pantas, Kenaikan Pangkat Laluan Pakar Bidang dan Kenaikan Pangkat Laluan Kemahiran Tinggi;

– Seramai 182,434 penjawat awam punyai gaji maksimum pada 2013 dan tidak dapat kenaikan gaji tahunan, semua struktur gaji maksimum dalam Jadual Gaji Minimum-Maksimum ditambah Kenaikan Gaji Tahunan sebanyak tiga kenaikan gaji tahunan (KGT) berkuat kuasa 1 Januari 2013;

– Sekiranya tiada pelarasan gaji atau semakan dibuat, kerajaan setuju beri Pergerakan Gaji Khas sebanyak tiga peratus kepada pegawai yang capai dan punyai gaji maksimum;

– Dalam Skim Saraan Malaysia (SSM), bagi KGT Gred 1 hingga 11 dan gaji gred naik pangkat tidak dapat tampung kenaikan pangkat, kerajaan setuju buat tambah baik sebelum akhir 2013 berpandukan prinsip saraan sejagat iaitu kadar upah untuk kerja relativiti dan pariti perkhidmatan serta “pay for performanca”;

– Kerajaan setuju beri semua penjawat awam faedah pemindahan gaji sebanyak satu KGT diawalkan pada 1 Julai 2013. Setiap penjawat awam terima antara RM80 hingga RM320. Ia membabitkan perbelanjaan sebanyak RM1.5 bilion – Sinar Harian

 

INFO AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

 

 

Senarai Keputusan Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam 2013 | Hari ini Perdana Menteri Malaysia dijangkakan akan mengumumkan berita gembira kenaikan gaji dan elaun buat kakitangan awam. Kakitangan  awam sedang menanti berita gembira yang telah beberapa kali dinyatakan oleh Timbalan Perdana Menteri Malaysia sebelum ini.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak akan hadir pada Sesi Amanat Perdana Menteri kepada kakitangan kerajaan di Putrajaya hari ini. Desas desus mengatakan Perdana Menteri akan mengumumkan berita gembira untuk semua kakitangan awam dalam perjumpaan ini.

Perdana Menteri sudah tentunya mengambil peluang ini untuk mengumumkan sesuatu kepada kakitangan awam sebelum PRU13.  Kakitangan awam adalah merupakan jumlah pengundi yang besar dan menjadi penentu kemenangan kepada mana-mana parti.

Datuk Omar Osman berkata, pengumuman Perdana Menteri itu diharap akan menceriakan hampir 1.4 juta kakitangan awam termasuk 15,000 kakitangan awam yang dijadual menghadiri pertemuan tersebut.

Apa sahaja keputusan Perdana Menteri biarlah menjadi penyuntik semangat dan melegakan kakitangan awam.
Saya percaya mereka juga telah lama menanti khabar selepas pembatalan Skim Saraan Baru Perkhidmatan Awam (SBPA) September lalu,” katanya kepada Utusan Malaysia pada Persidangan Kebangsaan Anggota Badan Berkanun di sini hari ini.Omar mengulas harapan CUEPACS terhadap pengumuman yang dinanti-nantikan oleh kakitangan awam melibatkan tuntutan yang dikemukakan oleh kesatuan itu sepanjang tahun lalu.
Antaranya membabitkan kadar kenaikan elaun tetap dan elaun perumahan, semakan kenaikan gaji maksimum, kenaikan gred dan penambahbaikan sistem perkhidmatan sekarang berikutan pembatalan SBPA.
”Adalah penting tuntutan-tuntutan itu dipenuhi kerana perkara tersebut merupakan antara pemangkin dalam memastikan kakitangan awam menjalankan tugas secara lebih gigih dan berintegriti,” katanya.
571 Total Views 5 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

7 thoughts on “Senarai Keputusan Pengumuman Kenaikan Gaji Dan Elaun Kakitangan Awam 2013

  1. apa2 pun penguman phat terima dgn hati terbuka huhu

  2. terima seadanya

  3. abe mat

    Tak ade yang hendak digembirakan bg kakitangan perkhidmatan awam

  4. AbeMat

    Terima kasih..Moga2 KPA lebih bersemangat menabur bakti utk pertiwi..Huhuuu

  5. Tahniah buat penjawat awam

  6. hmm ingatkan nak diselaraskan elaun perumahan setiap kakitangan awam.hmm

  7. Yeah… abg saya pun naik gaji laaa….

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>