Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013

Pin It

Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013

Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013 | Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini.

Antara fokus BAJET 2014 ialah :

Sektor perumahan mampu milik – menyediakan sejuta unit rumah dalam tempoh lima tahun (SPNB)
Mengurangkan defisit negara kepada 3.5%
Penekanan kepada pertumbuhan ekonomi negara.
Elaun dalam skim perkhidmatan awam
Bonus dan kenaikan gaji
Insentif cukai pendapatan dan korporat
Kenaikan kadar BR1M
Pemberian dana pinjaman
Pelepasan cukai untuk rakyat berpendapatan sederhana
Cuepacs minta bonus, kenaikan elaun.

AKAN DIKEMASKINI DARI SEMASA KE SEMASA

KUALA LUMPUR – Kongres Kesatuan Pekerja-Pekerja Dalam Perkhidmatan Awam (Cuepacs) meminta kerajaan memperuntuk pemberian bonus dua bulan dan menaikkan beberapa elaun tetap termasuk perumahan dan sara hidup kepada 1.4 juta penjawat awam dalam Bajet 2014.

Presidennya, Datuk Omar Osman berkata, kerajaan perlu memberi bonus dan kenaikan elaun itu berikutan peningkatan kos sara hidup terutamanya setelah subsidi petrol dikurangkan baru-baru ini.

Menurutnya Cuepacs amat berharap imbuhan tetap perumahan dinaikkan mengikut gred setelah 15 tahun berada pada paras sama selain mengambil kira ketidakmampuan golongan rendah dan sederhana memiliki rumah berikutan harga semakin meningkat kini.

Cuepacs turut memohon elaun sara hidup (Cola) antara kawasan bandar dan luar bandar diselaraskan kepada RM300 kerana kos sara hidup di semua kawasan tidak banyak berbeza.

Kongres itu juga mahukan kerajaan menurunkan kadar faedah pinjaman perumahan untuk penjawat awam daripada 4 peratus kepada 1 peratus berikutan kenaikan harga rumah.

Sementara itu, Omar berkata, Cuepacs menyambut baik kenyataan Timbalan Menteri Kewangan, Datuk Ahmad Maslan mengenai pelepasan cukai untuk golongan berpendapatan sederhana yang dijangka diumum dalam bajet kali ini.

Bagaimanapun, Omar berharap kerajaan dapat memberikan lebih banyak mekanisme subsidi kepada golongan itu kerana mereka tidak layak menerima bantuan lain seperti Bantuan Rakyat 1Malaysia (BR1M) yang dinikmati golongan berpendapatan rendah.

“Sudah tentu ini berita gembira buat kita jika ia diumumkan. Namun, kita berharap lebih banyak bantuan atau subsidi lain diumum untuk penjawat awam,” katanya.

Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dijadual membentangkan Bajet 2014 pada 25 Oktober ini. – Bernama

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Senarai Bajet 2014 25 Oktober 2013

  1. Tak sabar nak tunggu bajet. Apa faedah pada beli dan blogger yang dinanti-nantikan.

  2. Tidak banyak memberi kemudahan dan keistimewaan kepada semua rakyat, hanya orang tertentu saja yang dapat. Sudah tentunya penjawat awam, bagaimana dengan yang bekerja swasta.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>