Resepi Kuew Teow Goreng Pedas

Resepi Kuew Teow Goreng Pedas

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Siapa merupakan pengemar tegar Kuew Teow Goreng? Angkat tangan. Kita geng!!!! Admin sangat suka sama ada Kuew Teow Goreng dan juga Char Kuew Teow. Di sini admin ingin kongsikan Resepi Kuew Teow Goreng Pedas yang sangat mudah ini. Admin sangat jarang kongsi resepi-resepi di dalam blog. Mungkin selepas ini boleh kot admin kongsikan resepi-resepi yang mudah di blog ini nanti.

Resepi Kuew Teow Goreng Pedas

BAHAN-BAHAN

Bawang merah, ditumbuk / dihiris
Bawang putih, ditumbuk dihiris
Cili kisar
Cili padi, mengikut selara
Tomato, potong dadu
Ayam, potong kecil
Fish cake / Fish ball, potong kecil
Sayur sawi (terpulang sekiranya ingin menukar dengan sayur-sayuran yang lain)
Garam
Serbuk perasa, pilihan (hendak digunakan atau tidak)
Sos cili
Sos tomato

* Anda boleh menambah bahan-bahan lain seperti kerang, udang, sotong, taugeh, daun kucai dan sebagainya mengikut selera anda.

CARA MEMBUAT

  1. Panaskan minyak. Masukkan bawang merah dan bawang putih. Biarkan sebentar.
  2. Masukkan cili kering dan cili padi. Sekiranya hendak lebih pedas, boleh tambah bilangan cili padi tersebut.
  3. Biarkan rencah tersebut sehingga naik bau.
  4. Masukkan tomato yang telah dipotong dadu, sos cili dan sos  tomato.
  5. Tambah air supaya tidak kering.
  6. Masukkan ayam yang telah dipotong dan fish cake / fish ball. Anda juga mengantikan daging sekiranya anda tidak mahu menggunakan ayam.
  7. Tambah garam dan serbuk perasa mengikut selera masing-masing.
  8. Masukkan sayur sawi tadi. Anda boleh menukar sayur yang lain mengikut selera anda.
  9. Sila tambah air secukupnya.
  10. Setelah semuanya telah dimasukkan, masukkan pula kuew teow.
  11. Gaul sehingga sebati.
  12. Siap. Sedia untuk dihidangkan.

Boleh dihidangkan bersama-sama dengan telur dadar atau telur goreng.

Selamat mencuba.

SUMBER : http://blogfyna.com

1061 Total Views 1 Views Today

Related Post

6 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*