Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Akhir-akhir ini famous Jeruk Mangga Asam Boi kan? Walaupun admin tidak begitu menggemari makanan yang masam tetapi bila tengok jeruk tersebut rasa mengiurkan pula.

Kalau tidak mahu menggunakan mangga, anda boleh menggunakan buah lain seperti buah epal hijau.

Disini admin ingin kongsikan Resepi Jeruk Mangga Asam Boi dari blog kawan admin phat.my resepi tersebut.

Resepi Jeruk Mangga Asam Boi

 

Bahan-bahan

1) 3-4 biji mempelam
2) 7 biji asam boi
3) Sedikit garam
4) Gula ( lebihkan pun boleh )
4) 3 biji cili padi ( lebihkan jika nak pedas )

Cara-cara

1) Masukkan semua bahan dalam balang
2) Gaul sebati/goncangkan bekas
3) Masukkan dalam peti ais lebih kurang 5 jam / semalaman
4) Sedia untuk dimakan

Mudah sahaja. Jom cuba.

9699 Total Views 2 Views Today

Related Post

8 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*