Raya Moments of Closeness with Samsung

Pin It

Raya Moments of Closeness with Samsung

Sayang admin tak? Anda boleh bantu admin dengan LIKE dan PROMOSI entri ini pada sahabat handai.

 

Raya Moments of Closeness with Samsung

Satu hari Di Hari Raya – Penyanyi M. Nasir

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat cahaya bersinar indah
Langit cemerlang tak terkira
Tanda kuasa yang Maha Esa
Memberi nikmat pada manusia

Satu hari di Hari Raya
Ku dengar irama yang sungguh indah
Ku coba mendekati padanya
Kira irama itu adalah
Suara pujian pada yang Esa

Satu hari di Hari Raya
Aku menangis tanda gembira
Aku menangis tanda ku cinta kepadaNya

Satu hari di Hari Raya
Ku lihat wajah suci ibuku
Ku lihat wajah kasih ayahku
Ku gembira
Mungkin inilah dia kebahagiaan

TAJUK : Memori dan Hari Raya berpisah tiada.

Asalkan dengar lagu Satu hari Di Hari Raya nyanyian penyanyi M. Nasir pasti jiwa akan rasa sebak. Lagi-lagi bila terkenangkan berhari raya di perantauan. Jauh ok. Di mana? Kuala Lumpur. (Jauhlah sangat). Walaupun tidak lah jauh mana tetapi sudah namanya perantauankan.

Kenangan beberapa tahun lepas bila baru mula bekerja dan berjauhan dengan keluarga amat menyentuh hati. Lagi-lagi bila part cuti tidak diluluskan. Memang sedih dan sebak. Disebabkan masih junior terpaksa mengalah dengan senior-senior yang lain dan kawan-kawan yang sudah berkeluarga.

Raya Moments of Closeness with Samsung 1

Disebabkan admin bekerja di bahagian Customer Service di sebuah syarikat swasta, hendak atau tidak kena redha juga bekerja di hari raya pertama. Kali pertama beraya tanpa keluarga. Masih lagi bertuah dan bernasib baik kerana bekerja di sekitar Kuala Lumpur. Kalau kena ditugaskan di Sabah atau Sarawak? Mahu banjir dengan air mata. Sobs.. Sobs..

Macam manalah perasaan yang duduk di luar negara kan?

Mesti ramai anak perantau kan.Ada tak pengalaman yang boleh dikongsikan bersama-sama admin?

Dialog yang famous akan admin terima ketika bertugas ialah :

Pelanggan : Eh, hari raya pertama pun masih lagi terima panggilan?
Admin : Ya encik. Kerja mesti diteruskan.
Pelanggan : Bagusnya. Selamat hari Raya.
Admin : Selamat Hari Raya juga [Terasa sebak ok. Ini bukan lawak]

Bila dapat soalan seperti itu banyak kali, masa itulah teringat riuh rendah di pagi hari raya. Rendang di dapur, lemang, ketupat dan kuih-muih. Ayah dan adik-beradik yang lain bersiap ke masjid. Touching kan.

Hari raya pertama berada di tempat kerja memang akan membuat kita rasa sebak. Walaupun beraya bersama rakan-rakan tidak sama dengan beraya bersama keluarga. Sekurang-kurang kawan-kawan menjadi peneman di kala suasana yang hiba itu. Gelak tawa masih lagi kedengaran untuk menghilangkan rasa sebak di dada.

Cuti diluluskan tetapi selepas beberapa hari kemudian. Masa dalam perjalanan balik kampung sambil dengar lagu Dendang Perantau.

Di hari raya Terkenang daku kepada si dia
Kampungku indah nun jauh di sana
Ayah serta bondaku
Di tepian mandi
Danauku hijau yang aman damai selalu
Nun di sanalah tempat aku bertemu
Aku dan dia

Apakan daya Masa tak akan kembali
Hancur musnahlah semuanya
Impian yang murni Tinggal menjadi kenang-kenanganku
Hanya rangkaian kata dan lagu

Jangankan kata air mata, hingus pun mengalir sekali. Kenangan berjauhan dari seisi keluarga ketika sambutan perayaan seperti itu akan membuat jiwa kita berasa sangat sensitif.

Memang bila dikenangkan balik banyak memori yang mengamit kenangan dan ingin dikongsikan bersama-sama.

Tanpa keluarga, memang sejujurnya admin tidak kuat. Keluarga amat penting dan sentiasa menjadi keutamaan admin sampai bila. Hubungan kekeluargaan merupakan tunjang kebahagiaan.

Bila kita berada di perantauan, fizikal dan mental akan diuji untuk ketabahan hati kita dan mengajar kehidupan.

Siapa yang berkesempatan untuk balik beraya tahun ini, jangan lepaskan peluang keemasan yang ada. Sesibuk mana pun kita dengan kerja, hubungan kekeluargaan tetap penting dan perlu diutamakan. Keluarga tiada galang ganti. Susah senang sentiasa bersama.

Duit boleh dicari tetapi keluarga?

 

Sayang admin tak? Anda boleh bantu admin dengan LIKE dan PROMOSI entri ini pada sahabat handai.

 

Kenangan menyambut hari raya memang akan meninggalkan memori yang berpanjangan apabila dapat berkumpul beramai-ramai.

Sehari sebelum raya, masak hidangan raya bersama-sama. Menyediakan hidangan bersama-sama. Berbuka puasa beramai-ramai. Kupas bawang. Parut kelapa. Tangkap ayam sekeliling kampung. Perrrghhh. Memang seronok.

Pasang pelita. Main buka api. Mercun [Boleh ke main mercun? Bahayakan. Jangan ya]

Masak udang dan gulai ketam,
Pembasuh mulut kuih keria,
Berbunyi mercun berdetum detam,
Riang gembira dihari raya.

Sangat meriahkan suasana kampung kan. Berbeza dengan sambutan di bandaraya. Sekurang-kurangnya admin merasa juga kenangan dan akan admin jadikan itu sebagai pengalaman hidup yang mengaja erti kehidupan.

Bila lagi admin hendak merasa pengalaman beraya di perantauan kan? Itulah satu-satunya.

 

Sebelum itu, jom kita layan gambar terlebih dahulu.

Raya Moments of Closeness with Samsung 6

Tahun ini kami bertemakan PINK BELACAN + HIJAU LUMUT

Raya Moments of Closeness with Samsung 2

Makan-makan juga, kesihatan tetap kena jaga. Betulkan.

Raya Moments of Closeness with Samsung 3

Adik lebih tinggi dari kakak. Kena pakai kasut tumit ini. Hehehe…

Raya Moments of Closeness with Samsung 4

My Superhero. Love Him So Much. Muaahhhh..

Raya Moments of Closeness with Samsung 5

My Bidadari Forever And Ever.

Pendek kata Hari Raya merupakan hari yang dapat kita kongsikan kegembiraan bersama-sama dan berkumpul seisi keluarga dan juga sahabat yang tidak terbatas agama dan bangsa. Tiada wang ringgit yang dapat dibayar untuk kenangan-kenangan tersebut.

Bersalam dan bermaafan merupakan saat yang sangat dinantikan.

Samsung Galaxy Note 2

Lagi seronok sekiranya jika kenangan ini dapat diabadikan bersama gadget pilihan iaitu Samsung Galaxy Note 2.

Riang tawa. Gelak bersama. Menangis berpelukan. Dapatlah merakam memori tersebut dan dapat dijadikan tatapan seisi keluarga. Serta dikongsikan untuk generasi akan datang. Yang penting kualiti gambar yang dihasilkan amat dititikberatkan dengan gadget impian. Bukan harga yang menjadi ukuran tetapi memori yang dapat dikongsikan bersama-sama. Sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat melihat kemeriahan yang kita raikan sekarang.

Dengan teknologi yang serba canggih, pelbagai manfaat yang dapat diperolehi. Sanak saudara boleh berkongsi kegembiraan melalui gambar dan sekarang dapat berinteraksi melalui conference antara satu sama lain.

Setiap gambar yang dirakam dapat memberi 1001 memori bersama.

Disini ini admin ingin sisipkan satu pantun untuk tatapan semua.

Sungai disusur sehari-hari,
Dalam gelap menangkap ikan,
Kami menyusun sepuluh jari,
Salah dan silap harap maafkan.

Yang penting, jangan lupa untuk layan potret raya dibawah ini.

https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/

 Jom LIKE Potrait of Raya Milik Admin

1. https://my.campaign.samsung.com/portraitsofraya/portraits.php
2. Search Nurul Syarafina

Samsung

 

Tidak lupa juga untuk layan video berikut.

 http://www.youtube.com/watch?v=jEjz__eJAqA

Sayang admin tak? Anda boleh bantu admin dengan LIKE dan PROMOSI entri ini pada sahabat handai.

4884 Total Views 3 Views Today

Related Post

76 Comments on Raya Moments of Closeness with Samsung

  1. Hehe…terbaik sungguh artikel ni..sedih?ada gak terasa..emm..selamat maju jaya fyna..kalau tak LIKE tak Promote maknanya tak sayang lahhh..mana aci mcm tu…

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*