photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

PUNCA NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI TV3

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

PUNCA NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI TV3 | NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI TV3 | NURUL SYUHADA TV3 | ISU BINTULU NURUL SYUHADA

SUMBER : http://www.gua.com.my

PUNCA NURUL SYUHADA LETAK JAWATAN DI TV3

Personaliti terkenal TV3, Nurul Syuhada Nurul Ain mengesahkan mengenai perletakan jawatannya dalam syarikat Media Prima Berhad berkuatkuasa hari Jumaat ini (7 September 2012). Pengacara ‘Malaysia Hari Ini’ ini juga turut menegaskan bahawa perletakan jawatannya itu tidak ada kena-mengena dengan isu Bintulu yang hangat diperkatakan sejak kebelakangan ini.

“Semua perkara berlaku sekarang dan tidak ada kena-mengena dengan insiden Bintulu. Tolong jangan kaitkan ia dengan isu panas ini kerana bagi saya ia hanya kebetulan saja. Lagipun, saya bukan nak insiden ini berlaku pun.

“Keputusan perletakan jawatan ini dibuat pada bulan lepas iaitu sehari selepas saya mengambil keputusan untuk berhijab. Saya menghantar notis perletakan jawatan pada bulan lepas iaitu sebelum kes Bintulu itu berlaku,” jelasnya ketika ditemui pada Majlis Rumah Terbuka Media Prima Berhad di Pusat Konvensyen Sime Darby, petang Khamis.

“Tidak dinafikan pihak pengurusan agak terkejut dengan keputusan saya ini namun saya memang kena juga pilih sama ada karier ataupun famili. Saya juga nak berehat dan kalau boleh tak nak ada sebarang komitmen dengan kerja. Selain itu, saya juga nak berikan tumpuan kepada keluarga dan merancang untuk melanjutkan pelajaran dalam bidang Psikologi nanti.

“Malah InsyaAllah, saya juga ingin memiliki cahaya mata dan ia juga sedikit sebanyak menyumbang ke arah itu. Pendek kata, saya mahu ruang peribadi dalam kehidupan keluarga saya,” ujar isteri kepada Raja Amir Shah Raja Azwa ini yang mengakui berasa sayang untuk meninggalkan bidang penyiaran yang sudah diceburinya selama lebih enam tahun itu.

“Sudah tentu rasa sayang sangat tapi saya kena fikir masa depan saya juga. Saya sayang dengan TV3 dan sebab itulah saya akan masih bersama mereka lagi. Namun, walau bagaimanapun ia hanyalah sebagai kerja separuh masa saja.”

Ditanya adakah selepas ini dengan perletakan jawatannya itu akan lebih membuka ruang untuknya menerima tawaran pengacaraan di stesen televisyen lain, Nurul memberitahu, “Saya dilahirkan dari TV3, jadi saya tak terfikir mengenai tawaran di stesen televisyen lain. Saya jenama yang agak kuat juga di TV3, jadi saya tak rasa mereka nak mengambil saya di stesen televisyen mereka.”

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *