Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah

Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah
Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah

Petua Untuk Mendapatkan Rezeki Melimpah | Rezeki tidak datang bergolek. Oleh itu kita hendaklah sentiasa berusaha. Umpama bersusah-susah dahulu, bersenang-senang kemudian.

1. Selalu berusaha dengan sebaik-baiknya, baik sebagai pengusaha, pegawai, pekerja, pedagang, dan lain-lain yang pada dasarnya dapat menghasilkan wang.

Firman Allah : ” Dialah Allah yang menjadikan Bumi ini mudah bagi Kamu, maka berjalanlah disegala penjuru dan makanlah sebagian dari Rezeki-NYA. Dan hanya kepadaNYA kamu
(kembali setelah) dibangkitkan “. (Al Mulk : 15 )

2. Bertakwa dalam erti menjalankan segala perintah Allah serta menjauhi segala laranganNYA.

Firman Allah : “Dan barangsiapa yang bertakwa pada Allah, maka baginya akan diberikan jalan keluar dan akan diberikan Rezeki yang datangnya tanpa disangka-sangka “.(Ath Tholaq : 2-3)

3. Banyak membaca Istighfar. Iaitu memohon keampunan dari Allah SWT, atas segala dosa dan kesalahan.

Firman Allah : ” Mohonlah Keampunan kepada Tuhanmu, sesungguhnya dia adalah Maha Pengampun, nescaya DIA akan mengirimkan hujan kepadamu dengan lebat, dan membanyakkan harta dan anak-anakmu, dan mengadakan untukmu kebun-kebun dan mengadakan pula sungai-sungai “. (Nuh : 10-12 )

4. Bertawakal kepada Allah iaitu berserah diri dan menyandarkan segala urusan kepada Allah jua, seraya mohon pertolongan atas keberhasilan untuk memperoleh Rezeki yang lapang dan halal.

Firman Allah : ” Dan barang siapa ber Tawakkal kepada Allah, nescaya Allah akan mencukupkan (keperluan)-nya “.
(Ath Thalaq : 3)

5. Berdoa memohon dengan berzikir, kerana Allah s.w.t. adalah Dzat yang memberi rezeki dan kekuatan. Berdoa dengan mendekat pada Allah (BerTaqarrub )

Firman Allah : ” Berdoalah kepada-KU ( Allah ) nescaya AKU ( Allah ) akan mengabulkannya “.(Al- Mukmin : 60 )

6. Bermurah hati serta gemar mengInfaqkan sebahagian dari harta bendanya ke jalan Allah.

Firman Allah : ” Dan apa sahaja yang engkau Infaqkan, maka Allah akan mengganti. Dan DIA-lah sebaik-baik Pemberi Rezeki “. (Saba’ : 39 )

7. Bertahmid, iaitu membaca Al-Hamdulillah ketika mendapat rezeki atau mendapatkan sesuatu yang menggembirakan. Bertahmid itu ertinya memuji dan bersyukur atas pemberian NikmatNYA itu. Allah akan selalu menambah rezeki orang-orang yang bersyukur.

Firman Allah : ” Sesungguhnya jika kamu bersyukur, pasti Kami
(Allah), akan menambah nikmat kepadamu, dan jika kamu mengingkari ( Nikmat-KU ), sesungguhnya Azab-KU sangat pedih ”
(Ibrahim : 7 )

SUMBER

1167 Total Views 1 Views Today

Related Post

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*