Petua Murah Rezeki

Petua Murah Rezeki

Petua Murah Rezeki | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Di sini admin ingin kongsikan beberarapa petua murah rezeki. Sangat mudah untuk dilakukan. Mungkin tanpa sedar, kita ada melakukannya.

Doa Murah Rezeki

اَللَّهُمَّ أَكْثِرْ مَالَهُ وَوَلَدَهُ ووالسع له في داره وَبَارِكْ لَهُ فيما اعطيته واحسن اعماله والغفرله

Allahumma aksir maalahu wa waladahu, wa wassi’ lahu fi darihi, wa bariklahu fi ma a’toitahu, wa ahsin a’malahu, warghfirlahu.

Maksudnya: Ya Allah,perbanyakkanlah hartanya dan anak-anak-anaknya dan luaskanlah rumahnya dan berkatilah apa yg telah engkau kurniakan kepadanya dan perbaikilah amalannya dan ampunkan untuknya…

cara-murah-rezeki

Kenapa Rezeki Tidak Murah

Petua Murah Rezeki

  1. Letakkanlah sedikit makanan kucing dan semangkuk air diluar rumah utk kucing-kucing yang datang.
  2. Sisihkanlah sedikit dari hasil gaji atau upah jerih payahmu, untuk disumbangkan kepada anak yatim dan orang miskin.
  3. Sentiasa sediakan wang kecil di dalam dompet utk diberikan kepada yang memerlukan.
  4. Letakkanlah di bilikmu sebuah kotak. Setiap kali kamu merasa melakukan dosa, masukkan wang kecil ke dalamnya. Genap 1 bulan, buka kotak itu dan sedekahkan wang tersebut.
  5. Jika kamu hadir dlm acara keramaian (keluarga & kerabat atau sahabat), belilah 1 atau 2 kotak air mineral, niatkan utk sedekah kepada yang memerlukannya (orang tua, sakit, kanak-kanak dan lain-lain).
  6. Jika kamu membeli barang dari peniaga-peniaga kecil kemudian kemudian peniaga ingin mengembalikan wang baki, biarkan baki wang itu untuknya (sedekah atau hadiah).
  7. Belilah mushaf (al quran). Letakkan di salah satu masjid. Bayangkan berapa pahala yang akan kamu dapat daripada setiap huruf bagi mereka yang membacanya.
  8. Berikanlah perasaan gembira kepada setiap orang, khususnya kepada mereka yang sedang ditimpa kesedihan, dengan senyuman dan ucapan doamu yang tulus.
  9. Lemparkanlah senyuman kepada orang yang kamu temui, berilah salam kepada orang yang duduk dan bertuturlah dengan ucapan yang baik kerana semuanya adalah sedekah.
  10. Jangan biarkan kamu tertidur, melainkan telah kamu ampuni setiap orang yang telah berbuat jahat kepadamu dari menghinamu, menyebarkan fitnah dan menzalimimu.
  11. Setkan pada handphone kamu,  penggera peringatan pada masa masa tertentu untuk anda baca surah al-fatihah atau al ikhlas untuk di sedekahkan kepada kedua ibubapa kita, sama ada masih hidup atau telah meninggal dunia.

Yang penting, kita kena yakin dengan rezeki Allah.

SUMBER : http://akuislam.com

4536 Total Views 6 Views Today

Related Post

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*