Petua Merawat Anak Demam Berlarutan

Mother with Hand on Boy's Forehead

Petua Merawat Anak Demam BerlarutanDemam (juga dikenali sebagai pyrexia atau hiperthermia terkawal merupakan isyarat perubatan biasa dengan ciri-ciri peningkatan suhu melebihi julat biasa 36.5–37.5 °C (98–100 °F) disebabkan peningkatan pada titik set pengawal suhu badan. Peningkatan pada titik set ini mencetus ton otot dan menggigil.

Ketika suhu badan meningkat, terdapat rasa sejuk umum sungguhpun suhu badan meningkat. Sebaik sahaja tahap suhu baru dicapai terdapat rasa panas. Demam merupakan satu tindak imunisasi balas yang cuba menangani jangkitan bacteria atau virus. Demam boleh dicetuskan oleh pelbagai keadaan dari selamat kepada potensi serius. Kecuali demam yang tinggi, rawatan biasanya tidak diperlukan, bagaimanapun, ibuprofen adalah berkesan bagi menurunkan suhu badan.

Demam berbeza daripada hiperthermia luar kawal, biasanya dirujuk hanya sebagai hiperthermia, dari segi hiperthermia merupakan peningkatan suhu badan melebihi titik set pengawalansuhu badan, akibat penghasilan suhu melampau/ pengawalan suhu yang tidak mencukupi.

Petua Merawat Anak Demam Berlarutan

Ramaskan beberapa helai daun pucuk bunga raya dan bawang. Lumurkan ke seluruh kepala terutama ubun-ubun kepala. Ulangi beberapa kali.

Sila bawa anak anda berjumpa doktor dengan segera sekiranya :-

  1. Anak anda mempunyai suhu yang tinggi kerana suhu yang tinggi berpanjangan boleh mengakibatkan sawan.
  2. Demam yang berlarutan melebihi 3 hari, terutama sekiranya terdapat lapuran kes demam denggi, malaria atau sebarang penyakit bawaan nyamuk dikawasan sekitar.

SUMBER

2182 Total Views 1 Views Today

Related Post

Be the first to comment

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*