Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah

Pin It
Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah
Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah | Mesti pelbagai cabaran untuk mengejutkan anak-anak untuk pergi sekolah pagi. Terutama yang baru mengenal alam persekolah. Ada anak yang senang untuk dikejut dan anak yang meragam untuk bangun pagi.
1. Ibu bapa perlu menjadi contoh atau model asas dengan bangun pagi lebih awal daripada anak-anak. Sebenarnya, menjadi kelaziman ibu bapa melatih anak-anak untuk menjadikan bangun awal pagi itu satu rutin. Contohnya bagi yang beragama Islam bangun awal pagi adalah penting sebagai persediaan untuk menunaikan solat Subuh.
2. Latih anak-anak bangun pagi sekurang-kurangnya sebulan sebelum musim persekolahan dibuka. Ini mendorong anak-anak bersedia dari segi mental dan fizikal bahawa aktiviti bangun awal pagi akan menjadi perkara yang biasa mereka lalui.
3. Manfaatkan waktu beriadah untuk melatih anak-anak bangun pagi. Contohnya lakukan senaman pagi, berjoging dan bermain bersama keluarga sebagai persiapan melakukan aktiviti.
4. Dalam tempoh cuti persekolahan, eloklah anda semaikan cerita-cerita menarik dan hebat tentang alam persekolahan. Maklumat yang anda baja sejak dari awal lagi ini akan hidup subur dan mekar di minda anak anda. Mereka akan rasa tidak sabar ingin tahu dan mengalamisendiri suasana hebat di alam persekolahan seperti yang anda ceritakan itu.

5. Latih anak anda untuk masuk tidur lebih awal sekitar jam 10.00 malam dan bangun sekitar jam 6.00 pagi Ini bagi memastikan anak anda mendapat masa tidur yang mencukupi, minimum 8 jam sehari supaya dia dapat bangun dalam keadaan segar.
6. Latihan untuk bangun awal boleh dilakukan apabila ibu bapa bersama-sama terlibat untuk tidur dan bangun awal.
7. Cubalah penuhi keperluan pemakanan anak anda dengan memastikan anak-anak diberi pemakanan yang sihat sama ada sebelum pergi ke sekolah, bekalan makanan pada waktu rehat dan sepanjang hari. Diet sihat adalah antara elemen yang paling penting diberi keutamaan. Tubuh yang sihat akan membuatkan anak sentiasa cergas untuk melakukan aktiviti sejak dari awal pagi.
8. Lakukan sebarang aktiviti untuk melatih anak bangun pagi dengan secara yakin dan berterusan. Ibu bapa boleh memberi ganjaran, jika anak bangun awal, ganjaran ini dilakukan hanya selepas kanak-kanak itu berjaya melakukan.
373 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “Petua Melatih Anak Untuk Bangun Awal Pergi Sekolah

  1. sy de ank lelaki tiga org,dua dh bersekolah,bab bangun pg nih mmg tk der mslh,bunyi jer jam trs bangun mandi n bersiap.klu lwt 5 minit dh merajuk tk nk pegi sekolah,malu katanyer.

  2. alhamdulillah, anak2 kami, wlaupun hari nak sekolah tu baru suruh bangun awal, tak de msalah.. ok je, mungkin excited nak gi sekolah kot..

    sampai hari ni, tiap2 hari mmgg dah suka bangun awal.. oklah, oleh buat kerja rumah awal sikit

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes: <a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>