Petua Cegah Penyakit Resdung

Petua Cegah Penyakit Resdung

Petua Cegah Penyakit Resdung | Masalah resdung seringkali berkaitan dengan gatal hidung, bersin, hingus cair dan hidung sumbat.

Dalam bahasa perubatan ia lebih sesuai dipanggil sebagai ‘Allergic Rhinitis’ atau alahan hidung. Pesakit juga boleh mengalami simptom gatal pada bahagian mata dan kulit muka. Gejala ini berlaku kerana pesakit alah kepada pelbagai bahan terutamanya hama, makanan laut, belacan dan sebagainya.

Perkara utama dalam menangani masalah alahan hidung adalah untuk mengelak dari bahan yang menyebabkan alahan atau ‘alergen’. Salah satu cara untuk mengenalpasti alergen adalah dengan mencatatkan dalam diari makanan yang diambil setiap hari dan juga keadaan persekitaran. Seringkali apabila diimbas kembali pesakit mungkin dapat meneka alahan mereka dengan tepat.

 

Petua Cegah Penyakit Resdung

1. Elakkan daripada memelihara binatang berbulu kat dalam rumah seperti kucing dan arnab.

2. Jangan menggunakan sarung bantal, cadar dan selimut yang diperbuat daripada bulu binatang.

Untuk hasil yang lebih baik, cuci 3 benda tadi dengan air panas. Tujuannya untuk membunuh serangga dan pepijat.

3. Ringankan tangan anda untuk membersihkan karpet/permaidani. Kalau perlu, gunakan penyedut hampagas (vacuum cleaner) yang berkualiti tinggi.

4. Kalau anda nak mengemas rumas, pakailah penutup hidung. Bukan pakai ketika musim jerebu jer.

5. Minum air suam/mineral dengan kadar yang banyak. Bagus juga kalau anda amalkan minum sup panas.

6. Selalulah lap muka anda dengan menggunakan tuala yang dibasahkan dengan air suam.

Lebih baik kalau anda sampai jer ke rumah, terus basuh muka. Maklumlah, kat luar tu kan banyak habuk dll.

7. Kalau anda ada alahan terhadap jenis makanan tertentu (contohnya makanan laut), janganlah makan makanan tersebut.

Jika sekiranya anda sedang mengalami resdung, pastikan anda mengambil produk makanan yang boleh mencegah resdung.

2998 Total Views 1 Views Today

Related Post

4 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*