Petua Atasi Marah

Petua Atasi Marah
Petua Atasi Marah

Sebenarnya petua ini admin ada baca di salah sebuah surat khabar dan tidak salah rasanya untuk dikongsikan bersama-sama.

Apabila marah dan kecewa sekali pun, perasaan itu masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab perilaku tersebut mencerminkan keperibadian kita.

Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan melakukannya dengan cara yang beradab.

 

Tindakan Segera Ketika Rasa Marah

1. Baca ta’awwuz dengan bermaksud ‘Aku Berlindung Kepada Allah Daripada Syaitan Yang Direjam’. Sebab orang sedang marah itu syaitan masuk ke dalam urat darahnya lalu menguasai pemikirannya.

2. Mengubah posisi dan kedudukan. Misalnya kalau marah ketika duduk maka berdirilah, jika sedang berdiri maka duduklah.

3. Tinggalkan situasi tegang itu segera. Cuba tangguhkan perasaan marah buat seketika dengan meninggalkan situasi yang sukar dikawal itu.

4. Mengambil wuduk. Marah itu bagaikan api yang menyala dan hanya mampu dipadamkan dengan air.

5. Diam. Usah berkata apa-apa sebaliknya diamkan diri, kosongkan fikiran dan lakukan gambaran minda yang positif dengan fokus kepada mencari hikmah dengan bertanya pada diri sendiri, “Kenapa Allah izinkan situasi ini berlaku? Apa hikmahnya?” “Apa yang boleh dipelajari daripadanya?”

6. Banyakkan berzikir dan berselawat.

7. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran.

8. Ingat, bukan kita sahaja boleh marah, orang lain pun boleh marah. Malah orang lain marahnya mungkin lagi hebat daripada kita.

 

Tindakan Jangka Panjang

1. Melakukan amalan seperti solat taubat, buat baik, membaca al-quran, puasa sunat, bayar zakat, sedekah dan sebagainya.

2. Menjada diet pemakanan termasuk makan sayur-sayuran dan buah-buahan, kurangkan daging merah, banyakkan daging putih seperti ayam dan makanan laut, elakkan makanan yang ada bahan pengawet.

3. Kegiatan fizikal – badan yang sihat lebih mampu mengawasi emosi.

4. Rajin buat kerja-kerja amal bagi membunuh kesombongan diri seperti mengutip sampah, mencuci tandas (terutamanya tandas masjid), mengutip derma dan seumpamanya.

5. Banyakkan membaca buku-buku motivasi bagi membantu diri sendiri.

6. Bergaullah dengan orang yang berilmu dan berjaya kerana mereka mampu berfikir sebelum bertindak dan lebih bijak membezakan sesuatu perkara yang baik dan buruk.

 

 

2816 Total Views 2 Views Today

Related Post

42 Comments

  1. entah lah kadang-kadang tersalah marah gak..walaupun hakikatnya nak jadi lelaki baik…emmm susah bila melibatkan mainan perasaan ni..

  2. hairul azni : sama-sama. semoga dapat dimanfaatkan untuk rakan-rakan. dan juga untuk peringatan diri fyna sendiri juga.

  3. ayie : wsalam ayie… memang betul tue. marah datang tanoa kita sedar kadang2 kan. bahaya kalau kita tidak boleh kawal.

  4. effort lab : terbaik. memang kena fikir baik dan buruknya. masa kita marah tue, memang macam-macam akan jadi tanpa kita sedar.

  5. Memang susah nak menahan perasaan marah daripada terhambur keluar..saya sendiri sedang cuba untuk banyak2kan bersabar kalau rasa nak marah..terima kasih untuk tips yang Fyna kongsikan ini..

  6. nice info….kadang-kadang kita kena kawal tahap kemarahan supaya orang tidak menyampah dengan perangai dan sikap panas baran kita….mendiamkan diri adalah lebih baik bagi mencari ketenangan…..

  7. sekiranya kalau puteri marah, puteri akan pergi tenangkan diri dulu. Bila dah cool baru puteri berdepan dengan perkara yang membuatkan puteri marah. Sebab bila marah, kalau kita terus berkata-kata pasti ada hati yang akan terguris.

    tapi puteri ni memang jarang marah..hehehe

  8. “Tarik nafas dalam-dalam” – yg ni memang berkesan πŸ˜€
    dan lagi 1, sebelum nak marah, fikir kesannya. baik ke buruk. biasanya kalau marah kesannya buruk.

  9. assalamualaikum..fyna

    sifat marah ni selalunya dtg tiba2 dan bersebab…

    elok juga hindari dari sebab atau org yg boleh jadi punca kemarahan.

  10. Kie nak share dari segi marah ni skop kepada tangapan pendengaran antara lelaki dan perempuan…

    Perempuan ini kemampuannya boleh intepretasikan 1001 maksud apa yang lelaki lontarkan…

    Hebat kan? hehehe… so lelaki ni pula jenis rambang je main cakap walaupun nampak remeh…

    contoh: “Cantik betul awak hari ini…” maka yang perempuan pun fikir secara lazim lah kan… *tidak semua lah. Ada perempuan yang terus meradang.. boleh je tapi kene fikir 2x dan bertanya dengan baik…

    begini: *dengan nada manja* “Boleh awak ulang semula apa yang awak cakap? Apa saya tak tersalah dengar? Tak kan hari ini je… hehehe

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*