Peristiwa Israk Mikraj Yang Perlu Diketahui

Pin It

Israk Mikraj

Ingin Mencari Side Income Dengan Mudah?
Boleh Daftar / Sign Up Assign Jobs Di SINI

 

Peristiwa Israk Mikraj yang perlu diketahui. Sedikit info yang ingin admin kongsikan bersama-sama. InsyaAllah dapatlah kita menambahkan ilmu bersama-sama.

Beberapa peristiwa penting telah berlaku dalam bulan Rejab, antaranya:

Israk ialah perjalanan yang menajubkan di waktu malam bermula dari masjid al-haram di Mekah sehingga ke masjid al-Aqsa di Bait al-Maqdis.

Mikraj ialah perjalanan selepas melalui tujuh langit sehingga ke tempat yang tidak diketahui oleh makhluk akan hakikatnya.

✎ Peristiwa Israk dan Mikraj (27 Rejab)
✎ Malaikat Jibril melakukan pembedahan ke atas dada Rasulullah SAW.
✎ Diperlihatkan keadaan syurga dan neraka melalui Rasulullah SAW.
✎ Nabi Muhammad SAW bertemu dengan Rasul-Rasul terdahulu.
✎ Solat lima waktu difardukan ke atas umat Islam (malam Israk Mikraj)

 

Ingin Mencari Side Income Dengan Mudah?
Boleh Daftar / Sign Up Assign Jobs Di SINI

 

Peristiwa Israk dan Mikraj Nabi Muhammad s.a.w. terjadi pada 27 Rejab tahun ke-12 dari masa kenabian beliau, merupakan peristiwa penting yang selalu dirayakan setiap tahun oleh seluruh umat Islam. Tarikh ini bersamaan 622 M iaitu ketika Nabi berumur 52 tahun, setahun sebelum Hijrah dariMakkah ke Madinah.

Tahun ini juga dikenali sebagai Tahun Dukacita kerana bapa saudaranya Abu Talib dan isterinya Khadijah binti Khuwailidmeninggal dunia. Nabi dan anak angkatnya Zaid ibn Harithah diusir dan dibaling batu oleh penduduk Taif sehingga berdarah. Peristiwa Israk Mikraj ini tercatat dalam surah Al-Israa’ ayat 1 (Al-Quran:17:1). Surah An-Najm (al Quran:53:13-18) juga menceritakan peristiwa ini.

Perjalanan selama 3/4 malam sahaja iaitu dari jam 6 malam hingga 6 pagi Nabi kembali semula ke Makkah sebelum terbit fajar. Baginda menunggang Buraq bersama Jibril dari Masjidil Haram ke Masjid Al-Aqsa di Baitulmuqaddis di Israel / Palestin kini. Arah kiblat umat Islam ketika itu ialah Baitulmuqaddis.

Selepas peristiwa ini, semasa Nabi tinggal di Madinah, arah kiblat ditukar ke Mekah. Di Tembok Barat masjid, buraq telah ditambat di suatu tempat. Nabi mengerjakan solat dua rokaat di beberapa tempat persinggahan seperti di Madinah, Madyan dan Bukit Thursina. Di Masjid Aqsa, Nabi sembahyang berjemaah dengan makmumnya ialah Nabi Adam, Nabi Musa dan Nabi Isa. Baginda ditawarkan minuman susu atauarak. Tetapi Nabi Muhamad memilih susu sebagai minumannya.

Seterusnya diangkat secara fizikal melalui mikraj (tangga emas dan perak) dari bumi ke langit ke-7 hingga ke Sidratul Muntaha dan bertemu denganAllah di Arasy. Di Baitul Makmur, Nabi melihat malaikat bertawaf dan moyangnya Nabi Ibrahim bersandar di situ .Wajah Nabi Ibrahim persis wajahnya .

Nabi juga ‘dibedah’ untuk kali kedua. Sebelum ini, semasa kanak-kanak , baginda pernah dibedah oleh dua malaikat semasa di perkampungan ibu susunya Halimahtus Sa’adiah.

Nabi telah bertemu dan bercakap dengan Nabi Ibrahim, Nabi Musa dan Nabi Isa.

 

Ingin Mencari Side Income Dengan Mudah?
Boleh Daftar / Sign Up Assign Jobs Di SINI

 

Peristiwa luar biasa ini paling penting dalam takwim Islam kerana menandakan seseorang itu Islam atau kufur. Ia sebuah mukjizat dari Allah S.W.Tbagi Nabi Muhammad s.a.w. yang tidak pernah dilakukan oleh rasul dan nabi sebelumnya. Hanya Nabi Muhammad s.a.w. sajalah yang diberikan anugerah dan kehormatan oleh Allah S.W.T untuk melakukannya sebagai petanda betapa tingginya penghargaan Allah S.W.T kepada Nabi Muhammad s.a.w.

Dalam perjalanan Isra’ mahupun Mikraj seperti tercantum dalam buku ‘Muhammad Beraudiensi dengan Tuhan karya Moch. Abdai Rathomy (1983: 53), Nabi Muhammad didampingi Malaikat Jibril dan Mikail menunggang seekor haiwan yang disebut ‘Buraq’.

Dalam masyarakat Islam, peristiwa ini tercatat dalam takwim Islam. Umat Islam akan sembahyang sunat. Ceramah khas selalu diadakan bagi mengenang peristiwa tersebut.

1769 Total Views 1 Views Today

18 Comments on Peristiwa Israk Mikraj Yang Perlu Diketahui

  1. alhamdullilah artikel ini harus dibaca selalu bukan setakat bulan ini sahaja..kerana ia dapat memantapkan iman seseorang..

    entri terkini : Promosi Kontes Backlink Yang Tak terkalah

  2. Salam FYNA..
    terima kasih diatas perkongsian..
    salam Isra’ & mikraj jg buat Fyna ye..

    sama2 kita menghayati erti sebenar peristiwa ini..

  3. terima kasih berkongsi maklumat
    memang wajib setiap org islam tau semua ni… ni cerita artis tau sgt, bila tanya sirah nabi ternganga….

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*