Penjenamaan Semula Blogfyna.com

Penjenamaan Semula Blogfyna.com | Assalammualaikum dan salam sejahtera. Disebabkan terdapat beberapa perkara yang tidak dapat dielakkan termasuk kekangan kerja dan urusan peribadi, admin terpaksa abaikan blog kesayangan ini. Kerja perlu diselesaikan terlebih dahulu. Nanti bos kata tidak bagi komitmen pada kerja pula. Tidak pasal-pasal prestasi kerja jadi buruk nanti. Walaupun cuba mencuba curi-curi masa, paling tidak pun entri tersebut akan menjadi draft. [Kegunaan Draft Di Blog]. Cemburu bila tengok kawan-kawan update blog.

rebranding blogfyna

Ada idea tapi bila separuh perjalanan untuk menyiapkan entri boleh pula blank. Admin cuba untuk menghasilkan entri dari olahan sendiri. Tidak salah untuk mencuba. Dari tajuk yang sama, isi yang berbeza dan akan cuba ditambahbaikkan. Kecuali kalau terdesak *boleh pula terdesak ye*, akan ada entri yang dicopy paste. Tetapi tidak mustahilkan. Bukan senang hendak menghasilkan entri dari hasil olahan sendiri kan. Tengah fokus taip entri, tiba-tiba bos panggil. Spoil mood kan. Itu contoh saja. Yang penting ‘Usaha Tangga Kejayaan’. Supaya kita boleh keluar dari Zon Selesa. Mencabar untuk diri sendiri.

Oleh itu admin akan membuat penjenamaan semula. Bak kata omputeh rebranding. Penjenamaan dari beberapa segi termasuk niche entri. [Maksud Niche Blog. Klik SINI] Admin masih lagi keliru untuk tetapkan niche utama untuk blog ini. Disebabkan kekangan masa admin akan cuba untuk fokus pada blogfyna.com terlebih dahulu. ‘Orang tamak selalu rugi’. Lebih kurang macam itu lah. Sebab admin ada beberapa blog sampingan yang lain.

Untuk blog ini admin akan tumpukan kepada informasi. Termasuk informasi semasa, agama, kesihatan dan seangkatan dengannya. Sesuai dengan tagline blog ini. [Tagline Blog Baru Yang Sesuai Untuk Blog]. “Berinformasi Itu Pasti’. Memang pening kepala dan tidak cukup tangan sekiranya tidak dapat membahagikan masa yang betul untuk blog-blog lain. Admin ini kembali fokus merasa zaman kegemilangan seperti sebelum ini.

Untuk senarai penjenamaan semula yang lain, admin akan mulakan dengan sistematik dan  akan usahakan sehingga berjaya. InsyaAllah. Paling tidak sekaran admin kena senaraikan tajuk untuk entri terlebih dahulu untuk mendapatkan idea untuk entri. Al maklumlah sebelum idea-idea tersebut hilang bersama-sama debu kekeringan.

Nota Kakiku : Jom blogwalking!!

3166 Total Views 1 Views Today

Related Post

7 Comments

  1. Tahniah! Nak melakukan penjenamaan semula memerlukan strategi yang tertentu juga. Sya lepas dah kurang blogging, blog pun serabut, then lepas tu, kemaskan balik blog. Tapi penjenamaan blog, belum lagi. Bagi dia nampak kemas je. Good luck, ya, Fyna!

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*