Pengalaman Cermin Kereta Retak

Pengalaman Cermin Kereta Retak

Assalammualaikum dan salam sejahtera. Pernahkah anda mengalami pengalaman cermin kereta retak? Admin sendiri tidak pasti bagaimana cermin kereta admin boleh retak. Apakah sebenar punca cermin kereta retak? Admin tidak panik. Cuma terkejut. Keretakan cermin tersebut secara tidak langsung menganggu pemandangan semasa pemanduan.

Yang pasti boleh tahan lah meriahnya panjang retak pada cermin kereta admin itu. Admin ada kongsikan gambar cermin kereta tersebut ( Seperti di bawah ). Lebih kurang 2 jengkal panjangnya. Rasa nak menangis tengoknya.

Pengalaman Cermin Kereta Retak

Punca Cermin Kereta Retak
Apakah punca dan menyebabkan cermin kereta retak?

  1. Meletakkan kenderaan di tempat terbuka sambil dipancar sinaran matahari terlalu lama dengan semua tingkapnya ditutup rapat tanpa ruang untuk udara luar masuk.
  2. Udara sejuk yang terkena cermin itu boleh disamakan seperti besi panas disirami air. Walaupun besi tidak pecah tetapi cermin yang terlalu panas itu jika terkena udara sejuk secara tiba-tiba akan merekah dan pecah.

Cara Mengatasi Cermin Kereta Retak
Bagaimanakah cara untuk mengatasi cermin kereta yang retak?

  1. Jadi bagi mengelak cermin retak dan akhirnya pecah, cara paling baik ialah dengan meletak kereta anda di tempat letak kenderaan berbumbung.
  2. Sekiranya anda terpaksa meletak kenderaan anda di tempat panas, tutup cermin dengan pelindung khas cahaya matahari yang boleh dibeli dari kedai aksesori atau stesen minyak

Secara praktikalnya, banyak yang perlu admin belajar berkaitan dengan kereta.

SUMBER : http://era.fm | http://www.lamankongsi.com | http://www.budijagat

789 Total Views 2 Views Today

Related Post

3 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*