photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

PENAWAR SANUBARI BERSAMA ASHRAF MUSLIM | ASHRAF MUSLIM MENJADI PENGACARA DI TV9

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

PENAWAR SANUBARI BERSAMA ASHRAF MUSLIM | ASHRAF MUSLIM MENJADI PENGACARA DI TV9

 

PENAWAR SANUBARI BERSAMA ASHRAF MUSLIM

 

MEMILIH untuk bersara lebih awal dalam bidang lakonan, nampaknya selepas berkahwin Ashraf Muslim lebih selesa dengan tugasnya sebagai pakar perubatan Islam di Pusat Perubatan Islam Al-Hidayah, Gombak, Selangor.

Bagaimanapun bersempena bulan Ramadan ini Ashraf bakal muncul buat pertama kalinya sebagai pengacara dalam sebuah program di TV 9, berjudul Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim.

Menurut Pengurus Besar TV9, Sherina Nordin, Ashraf menyatakan persetujuan setelah melihat manfaat yang dapat di kongsinya melalui program ini bersama penonton.

“Saya pasti ramai yang merindui kemunculan Ashraf Muslim dan untuk program ini dia berkongsi ilmunya di dalam membantu penonton.

“Selain itu kami berharap kemunculan Ashraf juga dapat menarik lebih ramai golongan muda khususnya untuk terus menonton program pengisian seperti ini,” katanya

Selain mengekalkan beberapa program lalu, TV9 turut memperkenalkan beberapa program baru iaitu Umrah Kita, Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Zainal Abidin dan Penawar Sanubari Bersama Ashraf Muslim.

“Melalui program Umrah Kita, penonton dapat melihat tiga selebriti iaitu Noh Hujan, Aizat Amdan dan Altimet mengerjakan umrah manakala Al-Quran Menjawab Bersama Dr. Zainal Abidin memberi peluang buat penonton melakukan interaksi mengenai segala persoalan di dalam Al-Quran yang akan dijawab melalui bukti-bukti Sains,” jelasnya.

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *