NING BAIZURA INGIN BERDUET DENGAN IBU SEMPENA HARI IBU | NING BAIZURA INGIN BERDUET DENGAN IBU

Penyanyi popular bersuara soprano, Ning Baizura meluahkan impian untuk berduet dengan ibunya, Satila Abdullah pada persembahan sempena sambutan Hari Ibu yang akan diadakannya di Hotel Royale Bintang e@curve, Petaling Jaya pada 20 Mei ini.
“Pada persembahan itu, kalau boleh saya mahu ibu saya menyanyi bersama-sama saya dalam sebuah lagu yang akan saya pilih kemudian. Itu adalah masa yang sesuai kerana saya juga mahu meraikan ibu saya sendiri sempena Hari Ibu sama seperti ibu-ibu yang lain.
“Apatah lagi, pada hari itu kelak ramai ibu-ibu tunggal daripada Persatuan Ibu Tunggal Petaling Jaya akan hadir bagi menyaksikan persembahan saya. Malah, ibu saya juga adalah seorang ibu tunggal sejak sekian lama dan telah banyak berkorban untuk saya,” ujarnya baru-baru ini.







