NABIL AHMAD TINGGALKAN SURIA FM

Pin It

NABIL AHMAD TINGGALKAN SURIA FM 

SUMBER : mStar Online

NABIL AHMAD

 

PETALING JAYA: Pelawak Nabil Ahmad mengambil keputusan untuk berundur sebagai penyampai radio Suria FM selepas kontraknya tamat pada bulan Disember ini.

Nabil atau nama sebenarnya Ahmad Nabil Ahmad, 29, berkata, keputusan itu dibuat kerana dia ingin memberi fokus kepada bidang lakonan dan pengacaraan pada tahun hadapan.

“Menjadi penyampai radio bukannya satu kerja yang mudah. Walaupun kita dilihat ke udara selama empat jam, tapi banyak perkara yang perlu dibuat seperti merancang segmen sebelum ke udara.

“Keputusan ini perlu saya ambil demi komitmen masa untuk keluarga dan cabang seni yang lain seperti berlakon dan mengacara,” katanya.

Tambah Nabil, sepanjang setahun bersama stesen radio tersebut, dia gembira kerana impiannya untuk mencuba dalam bidang penyiaran radio tercapai walaupun pada jangka masa yang singkat.

Nabil juga berkata, pengundurannya tiada kena mengena dengan tawaran daripada pihak lain.

“Bayaran yang saya terima di Suria FM juga sama dengan apa yang terdapat di stesen lain jadi soal tawaran tiada kena mengena langsung.

“Minat saya lebih ke arah televisyen, jadi saya perlu membuat keputusan untuk memilih antara satu dan tak boleh nak jadi penyampai radio dan berlakon sekaligus,” tuturnya lagi.

 

22 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>