photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

#MYsyg | http://www.mysyg.com.my

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

#MYsyg | http://www.mysyg.com.my |  SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN #MYsyg | TERMA DAN SYARAT #MYsyg

PETALING JAYA: Media Prima Berhad (MPB), kumpulan media bersepadu terbesar di Malaysia mengambil inisiatif melancarkan Kempen #MYSyg (My Sayang) sempena sambutan Hari Kemerdekaan ke-55, tahun ini.

#mysyg

Pernah melalui zaman kanak-kanak yang menggembirakan? Mengelilingi kampung dengan basikal tua? Atau melepak dengan rakan berlainan bangsa di warung mamak berhampiran? Jatuh cinta pandang pertama ketika nyanyian Negaraku di sekolah dulu?

Apa saja cerita anda, kami ingin mendengarnya! Kongsikan luahan sayang anda terhadap Malaysia sama ada kenangan lama atau pengalaman unik menerusi video, teks dan gambar hari ini!

 

SILA KLIK SINI UNTUK MAKLUMAT LANJUT BERKAITAN DENGAN #MYsyg
Portal Rasmi #MYsyg 

MYsyg

 SYARAT-SYARAT DAN PERATURAN PERADUAN #MYsyg
Penganjur, Penerbit dan Kelayakan
1. Peraduan “#MySyg” [“Peraduan Ini”] ini diatur; diurus dan diterbitkan oleh Alt Media Sdn Bhd [272025 V] melalui saluran webnya, yang dikenali sebagai, “www.tonton.com.my” [“Alt Media”]. Peraduan Ini terbuka kepada semua rakyat Malaysia yang sudah mencapai usia lebih daripada 18 tahun, pada 18 July 2012 [“Peserta atau Peserta-peserta”].
2.
Kumpulan orang berikut TIDAK layak sebagai Peserta dalam Peraduan Ini:
a)  Kakitangan tetap dan/atau kontrak Alt Media dan/atau mana-mana penaja Peraduan Ini [termasuk syarikat pegangan, gabungan dan bersekutunya, Media Prima Berhad dan syarikat-syarikat kumpulan masing-masing], dan ahli keluarga terdekat mereka [termasuk pasangan, anak-anak, ibu bapa, adik-beradik]; dan/atau
b)  Wakil, kakitangan, pekerja dan/atau ejen pembekal perkhidmatan pengiklanan dan/atau promosi Alt Media dan/atau penaja Peraduan Ini.
Tempoh
1. Peraduan Ini akan berjalan daripada 19 Julai 2012 sehingga 15 Ogos 2012 [“Tempoh Peraduan”]. Alt Media mempunyai hak mutlak untuk meminda Tempoh Peraduan pada bila-bila masa.
TERMA DAN SYARAT #MYsyg
1. Peraduan ini bermula 19hb Julai sehingga 15hb Ogos 2012. Penganjur berhak meminda terma dan syarat pada bila-bila masa semasa tempoh peraduan berlangsung. Penyertaan yang diterima selepas tempoh peraduan tamat tidak akan dilayan.
2. Rakaman video boleh dibuat menggunakan sebarang peranti elektronik termasuk telefon pintar, DSLR, tablet malah kamera web! Video kreatif anda mestilah dalam format MPEG, AVI, WMV, Quicktime atau format 3GP.
3. Rakaman video hendaklah tidak melebihi 3 minit dan yang paling penting, olahan penceritaan anda mestilah kreatif!
4. Karya video anda hendaklah dimuat-naik ke www.mysyg.com.my atau anda boleh berikan puatan ke video tersebut di borang penyertaan yang telah disediakan.
5. Beritahu kami segala yang menarik tentang Malaysia dan sebab anda sayangkan negara ini. Apa sahaja asalkan ianya berkaitan dengan #MYsyg Malaysiaku! Penyertaan secara bertulis hendaklah tidak melebihi 150 huruf/karakter.
6. Tulisan anda boleh dihantarkan melalui Facebook atau Twitter tetapi hendaklah diletakkan #MYsyg.
7. Untuk penyertaan bergambar, muat-naik karya anda dalam format JPEG, PNG, BMP atau TIFF tidak melebihi saiz 5MB (pastikan gambar anda beresolusi tinggi!) ke www.mysyg.com.my. Anda juga boleh menghantar penyertaan anda melalui Instagram dengan ‘hashtag’ #MYsyg.
8. Buat anda yang ingin menghantar penyertaan secara bertulis, video dan gambar sekali, anda boleh lakukannya melalui Facebook dan sertakan #MYsyg.
9. Kandungan karya kreatif anda perlu mencerminkan nilai sopan rakyat Malaysia dan tidak mengandungi sebarang unsur yang boleh merosakkan hubungan kaum di negara ini.
10. Kandungan karya kreatif anda hendaklah tidak menyentuh sensitiviti sesiapa termasuk nilai-nilai agama yang diamalkan oleh rakyat Malaysia.
11. Penyertaan mestilah karya asal peserta yang belum pernah diterbitkan serta tidak melanggar hak intelektual mana-mana pihak.
12. Media Prima tidak akan bertanggung-jawab untuk sebarang kerosakan, kehilangan atau kecederaan akibat penggunaan hadiah yang dimenangi.
13. Media Prima mempunyai hak mutlak untuk menambah, membuang atau meminda Terma dan Syarat atau menukar  konsep peraduan ini, sama ada secara keseluruhan atau sebahagian daripada kandungan peraduan ini pada bila-bila masa tanpa notis awal dan tanggungan liabiliti terhadap peserta dan pihak lain yang berkenaan.
14. Segala keputusan hakim adalah muktamad. Sebarang surat-menyurat, permintaan dan rayuan tidak akan dilayan.
15. Media Prima dan anak-anak syarikatnya mempunyai hak untuk membuat sebarang promosi, penerbitan, siaran dan olahan terhadap kandungan yang dihantar.
16. Dengan menyertai peraduan ini, peserta dianggap telah membaca, memahami dan bersetuju dengan Terma dan Syarat yang tertera serta akan mematuhi semua keputusan yang dibuat oleh Media Prima.
17. Untuk pertanyaan dan maklumat lanjut, emelkan ke contactus@altmedia.my

Facebook #MYsyg
http://www.facebook.com/MYsygMyMalaysia

Twitter #MYsyg
https://twitter.com/MySygMyMalaysia

Instagram #MYsyghttp://statigr.am/mysyg_mymalaysia

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

4 Comments

  1. faizfakhirin says:

    menarik..cam best jer

  2. sop says:

    Menarik untuk disertai nih!
    Fyna join ker?

  3. deen says:

    bunyi mcm best jer..
    jom semua!!!

  4. Aida Omar says:

    Masa mula2 terpandang iklan tentang MYSayang nie dah terserlah syok dia.. hehe.. tapi tula aida bukannya kreatif mana nak join. hehe..

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *