Menu Waktu Sahur Yang Sesuai Untuk Anak Kecil

Menu Waktu Sahur Yang Sesuai Untuk Anak Kecil | Tidak lama lagi, umat Islam akan menjalani ibadah puasa. Samada yang dewasa mahu pun anak kecil. Pada bulan yang mulia ini adalah, masa untuk melatih anak kecil berpuasa. Oleh itu, untuk permulaan pastikan anak kecil mendapat sahur supaya mendapat tenaga untuk berpuasa sepanjang tempoh berpuasa. Yang penting, menu sahur tersebut hendaklah sihat dan berkhasiat.

Di sini admin ingin kongsikan beberapa menu sahur yang sesuai untuk anak kecil.

Tips Melatih Anak Berpuasa Di Bulan Ramadhan

Menu Sahur Anak Kecil

SUMBER : http://pama.karangkraf.com

Menu Waktu Sahur
Makanan & Minuman:

* Pemakanan seimbang adalah sumber tenaga untuk si kecil mengharung sepanjang hari berpuasa. Pengambilan makanan perlulah mengikut piramid makanan.
* Pastikan makanan yang diambil adalah sihat & tidak berlebihan. Semasa waktu bersahur, ibu bapa perlu menyediakan makanan kaya serat seperti nasi, mi, roti dan bijirin, di mana makanan jenis ini dapat membantu melambatkan proses lapar.
* Air yang memberi tenaga seperti susu/ minuman bercoklat (tetapi pastikan tidak terlalu manis)
* Minum air secukupnya untuk mengelakkan dehidrasi.

Menu Sahur Untuk Anak Kecil

Contoh Menu Sahur :
* 2-3 biji kurma (saiz sederhana)
* 1 cawan nasi goreng (tambah sayur pelbagai warna untuk menarik minat si kecil untuk makan)
* 1 gelas susu/ air kosong

Tip Makanan Untuk Menggalakkan Si Kecil Sahur Dengan Berselera :
* Sediakan masakan panas semasa sahur. Makanan panas boleh menambahkan selera makan anak-anak.
* Masak juadah kegemaran anak-anak. Jika boleh, tanya dahulu makanan yang ingin dimakan ketika bersahur.
* Pelbagaikan jenis menu. Menu yang sama setiap hari akan membuat anak-anak cepat jemu.
* Sediakan masakan berkuah seperti sup ayam, sup ikan / sup sayur yang lebih mudah dimakan dan mengenyangkan.
* Elakkan masakan yang terlalu pedas dan berempah yang boleh menyebabkan ketidakselesaan perut semasa berpuasa.
2391 Total Views 2 Views Today

Related Post

2 Comments

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*