MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 | TEMAÂ MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 | JURIÂ MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 | PESERTAÂ MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 | SIARAN MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 |Â HADIAHÂ MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2 |Â MASTERCHEF MALAYSIAÂ
SUMBER : Ohbulan
MasterChef Malaysia ialah pertandingan memasak seperti MasterChef di negara lain seperti Amerika Syarikat, Australia, New Zealand, India, Sweden, Indonesia. Pertandingan musim pertama ditayangkan di Astro Ria bermula 22 September 2011 hingga 8 Januari 2012.
Bermula 8 September 2012 lalu, pihak Astro Ria telah menyiarkan program realiti masakan, MasterChef Malaysia untuk musim kedua. Dengan bertemakan ‘Dapur’ Malaysia ke Persada Dunia, MasterChef Malaysia musim ini bakal memfokuskan kepada penyediaan masakan tempatan dan memartabatkan makanan Malaysia ke peringkat antarabangsa.
Pada musim kedua ini, pihak Astro masih memberikan inspirasi dan peluang kepada para peserta mencungkil bakat mereka dalam bidang masakan dan dilatih oleh mereka yang berpengalaman dalam dunia masakan. Mereka yang berpengalaman adalah, Chef Johari Edrus atau lebih dikenali sebagai Papa Joe dan Chef Zubir Md Zain yang merupakan juri untuk musim lalu. Selain itu, Chef Adu Amran yang pernah muncul di MasterChef Selebriti Malaysia juga akan bertindak selaku juri di MasterChef Malaysia musim kali ini.
Episod MasterChef Malaysia
MasterChef Malaysia mempunyai format yang berbeza dalam setiap episod. Format episod tipikal adalah seperti berikut:
- Hari Sabtu adalah cabaran “Peti Saji Misteri”. Setiap peserta diberi kotak yang mengandungi bahan-bahan masak yang sama dan perlu menyediakan suatu hidangan yang menggunakan bahan-bahan yang diberikan saja. Hidangan ini akan dirasa oleh juri dan seorang pemenang akan dipilih. Pemenang Peti Saji Misteri akan diberi kelebihan dan lazimnya akan diberi peluang untuk memilih bahan utama untuk cabaran “Ujian Cipta Rasa”. Peserta-peserta perlu mencipta satu hidangan dengan menggunakan Sajian Utama yang dipilih itu.
- Hari Ahad membawakan “Ujian Sajian Pantas”, “Ujian Kemahiran” ataupun “Penyingkiran”. Tiga peserta yang tidak dapat memuaskan Chef MCM dari cabaran malam sebelumnya akan diberikan resipi untuk satu hidangan tertentu. Mereka perlu menghasilkan hidangan yang sama dalam masa yang diperuntukkan. Peserta yang membuat hidangan yang kurang memuaskan akan disingkir dari pertandingan.
- Hari Isnin - “Cabaran Chef Selebriti”, iaitu pemenang cabaran hari Sabtu akan bersaing dengan seorang chef undangan. Pemenang cabaran ini akan dianugerahkan satu pin imuniti yang membenarkan peserta ini mengelak mana-mana satu sesi penyingkiran kecuali minggu akhir.
- Hari Selasa membawakan “Cabaran Sajian Luar”. Para peserta akan dibahagikan kepada pasukan yang terdiri daripada bilangan yang sama dan diberi tugas dan jangka masa yang ditetapkan untuk melengkapkan cabaran ini yang bergantung kepada keadaan, situasi atau tempat cabaran. Pasukan yang kalah akan menghadapi penyingkiran malam seterusnya.
- Hari Rabu merupakan satu lagi pusingan penyingkiran. Peserta bagi pasukan kalah bersaing antara satu sama lain untuk penyingkiran seorang lagi perserta dari pertandingan ini.
- Hari Sabtu juga adalah “Kuliah Master” iaitu para juri menjalankan satu kuliah untuk peserta yang masih tinggal dalam pertandingan ini. Biasanya, para juri meninjau kembali cabaran yang telah diadakan dalam minggu yang lepas.
- “Santapan Penamat” adalah satu sesi bagi dua peserta terakhir untuk bertarung di dapur masakan bagi mendapatkan anugerah kejuaraan MasterChef Malaysia.
WEBSITE RASMI MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2
FACEBOOK MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2Â
TWITTER MASTERCHEF MALAYSIA MUSIM KE 2









malam td tengok ilaika dah terkeluar. patah selera aku nak tengok master chef 2. aku memang minaat sangat nengok muka ilaika tu..nampak mcm cool jer…
to ilaika if u happen to read this .. pls advise how contac u.