MARISSA MAYER, WANITA DILANTIK CEO YAHOO!Â
SAN FRANCISCO 17 Julai - Yahoo! hari ini melantik bekas eksekutif Google, Marissa Mayer (gambar) sebagai Ketua Pegawai Eksekutif syarikat itu berkuatkuasa hari ini, jawatan yang jarang disandang oleh seorang wanita dalam firma besar Amerika Syarikat.
Dengan pelantikan itu Mayer, seorang daripada pekerja kumpulan pertama Google, kini menjadi wanita paling menonjol di Silicon Valley.

Pengumuman syarikat perintis Internet yang sedang bergelut itu nyata mengejutkan banyak pihak yang beranggapan pemangku sementara, Ross Levinsohn akan kekal memegang jawatan berkenaan.
Menurut Yahoo! dalam satu kenyataan, pelantikan Mayer merupakan isyarat pembaharuan semula fokus syarikat kepada inovasi produk bagi memacu kepuasan pengguna dan menjana hasil pengiklanan.
“Saya amat berbesar hati dan gembira untuk menerajui Yahoo!, sebuah destinasi utama Internet kepada lebih 700 juta pengguna,” kata Mayer.
Danny Sullivan dari laman web Search Engine Land menyifatkan pelantikan Mayer, 37, sebagai satu pilihan untuk masa depan Yahoo!.
“Beliau seorang yang pintar, mempunyai dorongan dan tahu mengenai Internet lebih daripada orang lain di luar sana.
“Mayer juga merupakan pilihan terbaik kerana telah membawa Google muncul sebagai enjin carian yang berjaya. Beliau amat fokus dan teliti,” katanya. – AFP









untung la badan..huhuhu