photo 728x90.jpg
Create your own banner at mybannermaker.com!
Make your own banner at MyBannerMaker.com!

LUKISAN THE SCREAM DIRAMAL DILELONG RM454.2 JUTA

If you liked this post, say thanks by sharing it
Share This

NEW YORK - Lukisan yang dihasilkan pelukis terkenal, Edvard Munch mungkin menjadi yang termahal pernah dilelong di dunia.

Menurut seorang pakar seni, lukisan itu yang berjudul The Scream mampu dilelong pada harga AS$150 juta (RM454.2 juta) dalam satu lelongan di sini pada hari ini.

Terdapat empat versi The Scream yang dihasilkan oleh Much.

Namun, hanya sebuah lukisan tersebut menjadi milik seorang individu.

Lukisan yang dilelong firma Sotheby’s itu merupakan versi tahun 1895.

Ia menjadi milik Petter Olsen.

Bapa Olsen ialah rakan dan jiran Munch.

Seorang pakar seni di London, Nicolai Frahm percaya lukisan berkenaan akan dapat dijual pada harga RM454.2 juta.

Pada tahun 2010, lukisan yang dihasilkan Pablo Picasso berjudul Nude, green leaves and bust mencipta rekod dunia kerana dilelong pada harga AS$106.5 juta (RM322.4 juta). – REUTERS

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

Article by Fyna

Terima Kasih Kerana Telah Membaca Entri Ini.

1 Comment

  1. fasz says:

    follow n singgah sini
    dr
    afasz.blogspot.com

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *