PENYAKIT DARAH TINGGI
– ERTI DAN PUNCA PENYAKIT DARAH TINGGI
LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT DARAH TINGGI
Kalau sebelum nih fyna ada buat entri pasal ERTI DAN PUNCA PENYAKIT DARAH TINGGI, hari nih fyna nak buat entri berkaitan dengah LANGKAH PENCEGAHAN PENYAKIT DARAH TINGGI pula.

Langkah-langkah pencegahan penyakit darah tinggi
Anda boleh mengambil langkah-langkah bagi mengelakkan tekanan darah tinggi dengan mengamalkan gaya hidup sihat.
Langkah-langkah ini termasuklah mengekalkan berat badan sihat, sentiasa aktif, mengamalkan diet yang sihat dengan membanyakkan pengambilan buah-buahan, sayur-sayuran dan makanan tenusu rendah lemak, memilih dan menyediakan makanan rendah kandungan garam dan sodium.
Rawatan penyakit darah tinggi
Amat penting mengambil langkah-langkah untuk memastikan tekanan darah anda terkawal.
Sasaran bagi tekanan darah adalah bawah 140/90 dan lebih rendah bagi pesakit yang menghidapi penyakit lain seperti kencing manis dan sakit buah pinggang.
Mengamalkan gaya hidup sihat merupakan langkah pertama paling berkesan dalam mencegah dan mengawal tekanan darah.
Sekiranya perubahan amalan gaya hidup sihat tidak berkesan dalam mengawal tekanan darah anda, adalah sangat perlu bagi anda mengambil ubat-ubatan darah tinggi.








terima kasih cik fyna
ouh. nice post. tenkiu for d information yea
mak sy bru dpt drh tggi ni. thnks for sharing ^^