Khasiat Makan Ulam-ulaman Elok Untuk Kesihatan

Ulam ulaman

Secara umumnya ulam boleh ditakrifkan sebagai bahagian tumbuh-tumbuhan yang terdiri dari pucuk, daun, batang, umbut, biji, buah, ubi dan bungayang dimakan mentah, dicelur, distim atau direbus sebelum makan.

Ulam terkenal sebagai hidangan harian utama di kalangan masyarakat Melayu di kampung-kampung dan kini mulai terdapat di kawasan bandar-bandar juga. Disebabkan banyaknya khasiat ulam ini, terdapat inisiatif untuk membukukan maklumat ulam dalam satu buku yang lengkap.

SUMBER

Berapa ramai yang suka makan ulam-ulaman?

Sekiranya ulam-ulaman dicecah dengan sambal belacan, budu, cencaluk, mayonis, atau cecahan-cecahan lain memang sangat sedap. Ada pula ikan goreng. Perrgghh.. Itu sudah kira pakej kan. Terbaik!!!

Admin sangat suka makan ulam-ulaman dari dulu. Sebab ada sesetengah orang tidak suka makan ulam-ulam. Kemungkinan rasanya kot.

Admin ada pengalaman masa belajar dulu. Masa makan tengah hari memang admin akan ambil lauk dan ulam-ulaman. Sampai ada kawan tegur.

Si A : Fyna… Aku nak tanya ko boleh?
Admin : Apa dia? (Sambil cicah sambal belacan)
Si A : Ko suka sangat makan daun-daun tue ye? Aku tengok dah macam kambing. (Dia boleh buat senyum kambing)
Admin : Kambing tak kambing sangat lah. Dah aku suka. Elok untuk kesihatan. Dan awet muka. Ko ada? Takde kan. Baik ko makan sebelum aku suh ko buat bunyi kambing nanti.
Si A : *Speechless*

** 5 minit lebih sikit

Si A : Nak g mana tue?
Admin : Nak g refill ulam nih. Nak ke?
Si A : Bweeekkk…

 

Admin ada jumpa beberapa keratan berkaitan dengan Khasiat Ulam-ulaman. Boleh rujuk di SINI.

“Kalau kita lihat orang-orang tua dulu. Walaupun usia mereka sudah hampir 1 abad tapi badan mereka masih sihat, mata mereka cerah, tak rabun. Berbeza dengan masyarakat zaman sekarang, muda-muda lagi mempunyai darah tinggi, mata rabun dan macam-macam lah, padahal usia mereka masih muda ”.

Dan juga yang ini.

“Ini semua kerana, orang-orang tua zaman dulu suka makan ulam-ulaman tradisional contohnya seperti Pucuk Paku yang baik untuk mata, buah jering yang baik untuk tulang kerana kaya dengan protein, kalsium, zat besi dan fosforus. Tambahan pula bagi penghidap kencing manis, Jering boleh menjadi penawar yang berkesan untuk memulihkan kesihatan. kerana kandungan sebatian alkoloid di dalamnya mampu meneutralkan kandungan gula dalam badan.”

Kesimpulannya, tidak rugi kalau makan ulam-ulaman sebab elok untuk kesihatan.

7684 Total Views 1 Views Today

Related Post

66 Comments

  1. kita suka makan ulam especially pegaga dengan kacang boto tu..ada jugak yang buat juz pegaga, tapi kita belum cuba..anyway ulam ni memang bagus..

  2. Salam.

    Macam lana, tengok juga lauk sampingan. Dapat makan ulam, kena pula dgn sambal, pastu ada lauk masak lemak ke..perghhh, memang layan fyna.

    Sayur2 dlm nasi kerabu tu, kira ulam juga kan. Ha, dgn nasi kerabu pling best..hehe

  3. onlajer : jangan pakai makan je kan ulam-ulaman tue. takut badan tak tahan. silap hari bulan, masuk hospital pula. eh~

  4. Dulu tak berapa reti gak nak makan ulam2an, tapi sekarang dah makan.. tapi tengok jugak jenis ulam tu..

    kalau kena gaya makan tak hengat tambahan bersama sambal belacan.. Memang layan abes la 😉

  5. saya memang kurang sangat makan ulam ni. kalau ada dalam menu yang saya order baru makan. kalau mertua & ipar duai jamu baru makan. hehehe

  6. betul~ tngok sjalah orang2 veteran ni…sihat2 gitu…sbab dorang amal makan ulam2n ni…tngok orang sekangni..obesitila…kolestrolla~ hm… krole pon suka ulam2n ni…lg kaw cicah ngan smbal belacan emmm yummy

  7. Arol makan ulam tapi tak suka sangat. Makan ikut mood. Kat rumah nie memang selalu ada ulam sebab parents suka makan. Kalau takde ulam, tak selera sangat nak makan katanya. 😀

  8. sy pun suka ulam2an.. tp yg pahit2 tu tolak tepi sikitlah… hehee… fevret sy jantung isang, ulam raja… baru2 ni mkn ulam cabang tiga.. sedap pula 🙂

  9. tuan DH : hehehe…betul tue. yang penting, jangan pakai makan je ulam-ulaman tanpa mengetahui jenisnya. tak pasal-pasal keracunan pula nanti. pucuk kunyit tak pernah pula fyna makan ^_^

  10. kambing pun kambinglah…heee. yang penting khasiat, sodapnya dan senang nak sediakan. cuma mungkin ulaman tradisional macam pucuk kunyit kurang boleh masuk.

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*