Kenapa Kucing Makan Rumput?

Kenapa Kucing Makan Rumput? | Siapa yang ada membela kucing di rumah? Admin ada. Sebelum ini ada banyak, sekarang sudah tinggal sikit. Merantau barang kali. Sebab admin bela kucing kampung saja. Senang!

Waktu kecil-kecil dahulu pernah terfikir kenapa kucing makan rumput? Banyak lagi makanan lain. Sebab agak pelik. Sekarang sudah tidak hairan kerana mesti ada tujuan kenapa kucing makan rumput.

Kucing Makan Rumput

Antara kenapa kucing makan rumput ialah:

Kucing adalah haiwan yang pembersih, jadi mereka selalu berusaha membersihkan bulunya setiap waktu dengan menjilat bulunya. Disebabkan permukaan lidah kucing yang kasar, banyak bulu yang mati atau gugur tersangkut pada lidah.

Kucing yang bebas bermain diluar biasanya mengambil kesempatan ini untuk memakan rumput supaya dapat memuntahkan bulu tersebut yang dikenali “hairball”

Jika ada memelihara kucing di dalam rumah, sebaiknya korang menanam rumput didalam pasu supaya kucing korang boleh makan dan memuntahkan hairball tersebut. Jika tiada rumput, kucing ini akan memakan tanaman lain yang mungkin merbahaya kepada mereka kerana sesetengah tumbuhan beracun kepada kucing.

SUMBER

3107 Total Views 3 Views Today

Related Post

3 Comments

  1. thanks for da info..baru la aku tau kenapa kucing makan rumput..aku pun pelik kenapa kucing aku makan rumput pastu muntah kat bilik aku dengan rumput kucing aku makan td..

Leave a Reply

Your email address will not be published.


*