ISU PERGADUHAN IFA RAZIAH DAN AZWAN ALI DI TWITTER

Pin It
macam-macam kontroversiti antara Azwan Ali dan Ifa Raziah. fyna pun ada gak follow twitter Azwan Ali dan twitter Ifa Raziah nih. memang ada pertelingkahan antara diorang. lagipun diorang memang terkenal dengan mulut masing-masing. yang penting dekat Melodi pukul 1230 tengahari esok ada cerita pasal diorang. benda kecil tapi telah disalaherti. tak sabar nak tengok Melodi esok.
Ifa Raziah Dah Tak Kuasa Nak Layan Azwan Ali Lagi

KUALA LUMPUR, 29 SEPT 2011: “Saya tak rugi kalau tak berkawan dengan dia cuma saya terkilan kenapa benda yang kecik nak dibesar-besarkan. Saya sentiasa bersama dia memandangkan selama 2 tahun dia tak ada kawan rapat.

“Disebabkan isu yang kecil dia nak membuang saya terus sebagai kawan, itu terpulang kepada dirinya,” kata pengacara dan pelakon, Ifa Raziah ketika dihubungi portal murai.com.my bagi mengulas mengenai isu pergaduhannya bersama pengacara kontroversi Azwan Ali di laman sosial Twitter.

Pergaduhan tersebut dikatakan bermula setelah Ifa Raziah membalas Blackberry Massenger (BBM) Azwan Ali yang menjemputnya menghadirkan diri ke rumah terbukanya pada 3 Oktober ini jam 6 petang dan memintanya menjadi penyambut tetamu.

Jelas Ifa, dia tidak dapat hadir pada waktu tersebut dan hanya dapat hadir di sebelah malamnya kerana sibuk. Namun kiriman balas BBMnya disalah erti.

“Dia hantar BBM suruh saya datang jam 6 petang jadi penyambut tetamu. Saya membalasnya tak kuasa nok aku sibuk kalau boleh pun aku datang dalam jam 8 malam sebab aku ada shooting. Sekali dia balas kalau tak nak datang tak apa tapi jangan biadap.

“Perkara tersebut berlarutan sehingga ke twitternya dia marah-marah saya. Dia kemudiannya membuang saya dari BBM dan memblok saya dari twitternya. Pelik kenapa sampai begitu dan mengapa perlu marah-marah dalam twitter sedangkan sebelum ini boleh saja dia maki-maki saya depan-depan. Ini kenapa nak beritahu seluruh Malaya mengenai ketidakpuasan hatinya,” katanya lagi.

Tidak mengharapkan agar persahabatan antara mereka terjalin semula, kata Ifa semoga Azwan Ali berubah supaya tidak berterusan kehilangan kawan.

Malah, dia juga kesal dengan sikap Azwan yang pada pemerhatiannya semakin teruk meskipun telah berjanji tidak akan memaki hamun orang setelah pulang dari mengerjakan Umrah untuk kali ketiga.

“Tak rugi pun kalau tak berkawan lagi dengannya. Tak mengapa semuanya terpulang kepada dirinya untuk menentukan hala tuju kehidupan dia. Asal dia gembira sudah dengan apa yang dia lakukan. Doa saya semoga dia sedar kesilapan sendiri dan membuang jauh egonya agar tak hilang kawan-kawan.

“Tak perlulah nak perli-perli dalam status twitter ke apa, kerana apabila dia buat tak apa, tapi apabila saya buat dia terasa pula. Sesiapa yang tak hadir ke rumah terbukanya akan dilabel sebagai artis sengkek jadi kena hadir walaupun terpaksa,” katanya mengakhiri perbualan sambil ketawa.

91 Total Views 1 Views Today
Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...

2 thoughts on “ISU PERGADUHAN IFA RAZIAH DAN AZWAN ALI DI TWITTER

  1. azwan ali ni teruk betul perangai dia..
    tak habis2..
    lupa la dah tu taubat dia dulu tu..
    heheheheh

  2. ishhh tak habis2 … haduii

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *

You may use these HTML tags and attributes:

<a href="" title=""> <abbr title=""> <acronym title=""> <b> <blockquote cite=""> <cite> <code> <del datetime=""> <em> <i> <q cite=""> <strike> <strong>